Syarikat Riadah CSI Bally merupakan salah sebuah syarikat riadah yang besar di China. Syarikat itu sudah membuka rangkaian kelab riadah di sembilan buah bandar di China. Timbalan Ketua Pengurus syarikat CSI Ballay, Encik Wan Lihua sudah lama mengusahakan perindustrian riadah. Apabila mengenang kembali perkembangan perindustrian riadah di China dalam tempoh 20 tahun yang lalu, beliau berkata, "Pada tahun 1980-an, pengetahuan orang awam tentang kelab riadah kurang banyak. Keadaan itu banyak berubah pada masa ini." Encik Wan Lihua berkata,
"Kami gembira mendapati bahawa China sudah mulai mencontohi cara urus niaga kelab riadah moden daripada negara Eropah dan A.S. Kami mulai menyedari, kelab riadah mesti memikirkan bagaimana membantu orang ramai beriadah secara rasional dan saintifik."
Walaupun cara urus niaga kelab riadah Eropah dan A.S. baru dimasukkan ke China dalam beberapa tahun lalu, tetapi ia telah membawa perubahan yang besar terhadap perindustrian riadah China.
Pada peringkat awal perindustrian riadah di China, sesebuah kelab riadah membuka riadah kepada beberapa ratus pelanggannya dengan tidak mengendahkan perbezaan pelanggan. Pada tahun 2002, "jurulatih peribadi" muncul di China. Mereka menetapkan pelan riadah kepada setiap pelanggan berdasarkan keistimewaan mereka yang tersendiri. Cara itu mendapat sambutan meluas.
Di negara Eropah dan A.S., sama ada sesebuah kelab riadah memiliki pakar pemakanan merupakan standard menilai apakah kelab itu sempurna atau profesional. Pada masa dahulu, kelab riadah di China telah mengabaikan masalah itu. Tetapi pada masa ini, syarikat riadah seperti "CSI Bally", "Qingniao", "Impulse" dan lain-lain telah mencontohi tindakan kelab riadah di negara barat dan menyediakan pakar pemakanan, di samping membantu para pelanggan beriadah, pakar pemakanan juga membantu mereka bagaimana makan dengan sihat.
Cara urus niaga rangkaian kelab riadah sudah diperkenalkan ke China selama beberapa tahun. Cara urus niaga itu mendapat sambutan di kalangan pemuda China. Encik Wan Lihua, Timbalan Ketua Pengurus Syarikat Riadah CSI Bally berkata,
"Pengusaha selalu bekerja di bandar berlainan dan rangkaian kelab riadah boleh memenuhi permintaan mereka. Contohnya CSI Bally mempunyai rangkaian kelab di sembilan buah bandar di China dan pelanggan kami boleh mendapat perkhidmatan yang sama di bandar-bandar tersebut."
Walau bagaimanapun, perindustrian riadah China masih ada jurang perbezaan yang besar berbanding perindustrian riadah moden. China sudah mengimport banyak kemudahan moden dari luar negara tetapi taraf panduan kesihatan dan perkhidmatan kelab riadah di China kurang tinggi. Walaupun perindustrian riadah di China sudah berkembang selama lebih 20 tahun, tetapi di China tiada sistem iktirafan jurulatih riadah dan ini menyebabkan taraf jurulatih di perindustrian ini kurang tinggi.
Dalam Persidangan Riadah Antarabangsa Beijing 2004, Pengerusi Institusi Sukan dan Kesihatan Asia, Kenny Wong secara terus terang menyatakan, "Mutu kecekapan dan taraf jurulatih riadah berkaitan rapat dengan kejayaan sesebuah kelab riadah. Perindustrian riadah China menghadapi masalah itu."
Badan pentadbiran sukan China sudah menyedari masalah tersebut. Timbalan Ketua Pusat Pembangunan Sumber Tenaga Profesional Jabatan Am Pentadbiran Sukan Negara China, Liu Tun menyatakan, pusat itu akan mengemukakan sistem pengesahan kemahiran profesional jurulatih riadah di seluruh negara pada tahun ini. Beliau berkata,
"Industri riadah semakin dinamik dan ini memerlukan tenaga profesional berkhidmat di kelab riadah dan permintaan pasaran mengikut standard antarabangsa."
Liu Tun menambah, berdasarkan sistem iktirafan profesional, China juga akan beransur-ansur melaksanakan sistem standard jurulatih riadah profesional. Beliau percaya bahawa tindakan tersebut akan menjadikan pasaran riadah China lebih teratur dan meningkatkan mutu perindustrian riadah China.
|