Pada 12 Januari lepas, cuaca sungguh baik di Pulau Phuket Thailand, beberapa orang pelancong asing sedang berehat-rehat di pantai Di belakang mereka, anggota penyelamat sedang sibuk bekerja di tempat dilanda bencana Tsunami. Biasanya pada musim sekarang tahun biasa, pantai itu sudah dipenuhi dengan pelancong. Berdasarkan statistik, bencana Tsunami telah mengakibatkan lebih 170 ribu orang maut, ramai orang lagi hilang. Sekarang, pakar ekonomi sudah memerhatikan kesan bencana Tsunami kali ini terhadap ekonomi Asia.
Sektor pelancongan Asia baru sahaja dapat mengatasi kemerosotan akibat wabak SARS, sekarang dijejaskan lagi dengan bencana Tsunami. Tamai orang tertanya-tanya samaada bencana Tsunami akan menjejaskan pemulihan sektor pelancongan Asia? penganalisis telah menafikan kemungkinan tersebut. Mereka menyatakan, ekonomi di negara-negara yang banyak bergantung kepada pelancong asing mungkin dapat dipulihkan lebih cepat.
Pendapatan sektor pelancongan menempati 6% KDNK di Thailand, jumlah pendapatan dari pelancong asing di 6 provinsi yang dilanda bencana Tsunami menempati satu perempat dalam jumlah pendapatan sektor pelancongan seluruh Thailand. Wartawan menyaksikan keadaan di Phuket bahawa beberapa kedai sudah mula dibangun semula, papan iklan yang telah dirosakkan gelombang sedang dicat semula, beberapa hotel juga sudah menerima pelanggan, beberapa orang pelancong sudah mula makan angin di pantai. Untuk segera memulihkan pemandangan alam yang indah di pulau, anggota penyelamat sedang berusaha membersihkan sampah dan menanam pokok.
Anggota penyelamat memaklumkan, oleh sebab kemudahan pelancongan di pantai Phuket kebanyakan ialah buatan kayu, dan mudah dibangun semula. Tetapi yang membimbangkan ialah batu karang yang menjadi pemandangan terkenal di Thailand sudah dirosakkan, pemulihannya memerlukan waktu yang lama.
Sektor pelancongan menempati 74.1% dalam KDNK Maldives. Setelah dilanda bencana Tsunami, 19 kawasan peranginan di negara itu semua ditutup sementara, 46 buah hotel daripada 87 buah hotel di negara itu sudah terrosak. Kakitangan Jabatan Pentadbiran Pelancongan Maldives memaklumkan, selain 6 buah hotel belum siap diperbaiki, hotel yang lain semua dibuka semula. Selain itu lapangan terbang juga beroperasi semula, kakitangan itu mempunyai keyakinan penuh tentang masa depan sektor pelancongan Maldives, beliau berkata, tak sampai sebulan lagi akan merayakan Tahun Baru China, saya pecaya dengan bantuan masyarakat antarabangsa dan usaha kerajaan tempatan, Maldives boleh secara baik menerima pelancong dari China.
Bencana Tsunami telah merosakkan 48 buah hotel di pantai Sri Lanka, jurucakap Jawatankuasa Pelancongan Sri Lanka menyatakan, lebih kurang 22 buah hotel yang rosak sudah dibuka semula, kerugian sektor pelancongan Sri Lanka tidak begitu besar berbanding jangkaan kami. Tindakan kami dalam beberapa tahun yang lalu untuk memperkaya cara pakej pelancongan telah mengurangkan kerugian bencana, sekarang, palancongan di pantai hanya menempati lebih kurang 40% dalam sektor pelancongan, 60% pelancong sudah memilih pakej melancong ke tempat lain.
Sektor pelancongan di Indonesia dan India dijejaskan tidak begitu serius terjejas, sebab destinasi pelancongan yang terkenal seperti Pulau Bali tidak dilanda bencana Tsunami. Pakar berpendapat, sebahagian pelancong yang asalnya merancang ke Thailand mungkin akan pergi ke kedua-dua negara tersebut, sektor pelancongan di kedua-dua negara itu mungkin akan tumbuh.
Kerajaan Indonesia mengumumkan, walaupun kilang gas asli yang besar di Sumatra Indonesia mengalami bencana Tsunami, tetapi kemudahan utama kilang itu tidak rosak. Di Aceh yang mengalami bencana paling serius, lombong arang batu, lombong tembaga dan kemudahan yang lain juga masih utuh. Kebanyakan infrastruktur yang penting di Thailand seperti pelabuhan terletak di Bangkok dan tidak dilanda bencana Tsunami, kawasan industri di bahagian selatan India yang dilanda bencana Tsunami juga dipulihkan dengan cepat. Selain itu, perkembangan sektor perkhidmatan dan industri perisian tidak terjejas dengan Tsunami.
Berbanding negara-negara tersebut, ekonomi Sri Lanka dan Maldives mengalami kerosakan yang lebih teruk.
75% daripada 30 ribu buah kapal nelayan di Sri Lanka hancur oleh bencana dengan Tsunami, 12 daripada 14 buah pelabuahn nelayan di negara itu juga telah dihancurkan. Pakar ekonomi berpendapat, walaupun kebanyakan infrastruktur industri Sri Lanka terletak di tanah dalaman negara itu, tetapi sektor pelancongan dan industri nelayan menempati kedudukan yang besar dalam ekonomi nasional negara itu, kadar pertumbuhan ekonomi Sri Lanka mungkin akan menurun 1% pada tahun ini.
Maldives merupakan satu-satunya negara yang seluruh wilayahnya dilanda Tsunami dalam bencana kali ini. Walaupun jumlah kematian di negara itu kecil, tetapi kerugian ekonominya besar, kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun ini dijangka hanya mencapai 4% berbanding 5.5% pada tahun lalu. Kalau ingin membangun kemusnahan bencana Tsunami di negara itu akan mengambil waktu yang lebih panjang.
----Andika
|