Menurut Agensi Berita Xinhua China, kerajaan Indonesia mengadakan sidang kemuncak pembinaan dan kemudahan infrastruktur Indonesia yang berlangsung selama dua hari untuk menarik pelabur di seluruh dunia dengan pasaran yang besar dan memperbaiki persekitran pelaburan. Kerajaan Indonesia mula melaksanakan tindakan pembangunan semula dan pembinaan kemudahan infrastruktur untuk jangka lima tahun akan datang.
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yodhyono dalam majlis perasmian tersebut menyatakan kerajaan Indonesia berharap perusahaan dalam dan luar negara dapat mengambil bahagian dalam pembangunan semula, kerajaan Indonesia akan terus mengatasi masalah cukai dan undang-undang supaya menyediakan persekitaran pelaburan yang baik. Beliau berkata, kerajaan negara itu membuka pasaran projek pembinaan lebuh raya, pelabuhan, lapangan terbang, loji jana kuasa elektrik dan lain-lain.
Kerajaan Indonesia berjanji secara rasmi akan mengemukakan projek tender yang bernilai 80 bilion dolar Amerika tahun ini. Sebelum itu, pihak rasmi Indonesia menyatakan kerajaan negara itu memerlukan pelaburan 145 bilion dolar Amerika untuk pembangunan semula kemudahan infrastruktur, antaranya Banda Aceh yang dilanda bencana Tsunami paling serius memerlukan peruntukan sebanyak 4 bilion dolar Amerika.
Pembinaan kemudahan infrastruktur Indonesia masih dalam keadaan yang ketinggalan. 45% keluarga di Indonesia tidak mendapat elektrik, separuh penduduk di Jakarta tidak boleh menggunakan air bersih.
Penganalisis berpendapat, sama ada Indonesia boleh menarik pelabur asing dengan jayanya atau tidak bergantung kepada penyempurnaan undang-undang Indonesia.
|