Menurut akhbar "Renminribao" China, Ketua Jabatan Perhutanan Negara China Zhou Shengxian menyatakan, pembangunan ekologi China sudah mencapai kemajuan dari keadaan "kerosakan lebih banyak berbanding mengawal" kepada "mengawal lebih banyak berbanding kerosakan".
Demikian dinyatakan oleh beliau dalam sebuah sidang jabatan perhutanan China. Beliau berkata, pada tahun-tahun kebelakangan ini, kadar liputan hutan di China meningkat 0.33% setiap tahun, kawasan padang pasir yang ditanam pokok semula lebih luas berbanding tanah biasa yang menjadi padang pasir, jumlah haiwan dan tumbuhan liar meningkat, pembangunan ekologi sudah mencapai hasil.
|