Menurut Agensi Berita Xinhua China, pasukan perubatan China ke Sri Lanka semalam telah mengakhiri misinya dan telah pulang ke tanah air. 3 pasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan China yang dihantar ke kawasan dilanda Tsunami telah pulang ke tanah air semua.
Dimaklumkan, kerja ketiga-tiga pasukan tersebut sangat berjaya dan disanjung tinggi oleh kerajaan dan rakyat negara-negara dilanda bencana Tsunami.
Pasukan perubatan China ke Sri Lanka telah bertugas selama setengah bulan di negara itu, iaitu memberi rawatan pada lebih 2 ribu orang pesakit dan mengadakan kerja pencegahan penyakit di negara tersebut.
|