Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Presiden China Zeng Qinghong semalam di Beijing menyatakan, diharapkan Dewan Perdagangan China Hong Kong boleh terus mendorong pertumbuhan ekonomi Hong Kong.
Semasa menemui rombongan Dewan Perdagangan China Hong Kong di Beijing, Zeng Qinghong berkata, Dewan Perdagangan China Hong Kong mempunyai pengaruh yang luas di kalangan masyarakat Hong Kong. Dewan itu telah memberi sumbangan yang besar terhadap pembangunan China pada masa yang lalu, termasuk pemulihan dan pembangunan ekonomi setelah China baru ditubuhkan serta pembaharuan dan buka pintu Tanah Besar pada tahun-tahun kebelakangan ini serta pembangunan modenisasi.
Zeng Qinghong berharap Dewan Perdagangan China Hong Kong terus mencintai tanah air, dan sedaya upaya mengembangkan ekonomi Hong Kong agar masa depan Hong Kong lebih cerah.
|