Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-01-21 15:20:10    
Tianjin akan Dibangun Jadi Bandar Contoh dalam Perlindungan Ekologi

CRI

Kerajaan bandar Tianjin akan mengintensifkan usaha melindungi alam sekitar dan meningkatkan taraf kesihatan pasa masa akan datang agar Tianjin dibangum menjadi sebuah bandar ekologi.

Dimaklumkan, pada tahun 2002, kerajaan Tianjin telah menetapkan matlamat supaya bandar itu menjadi bandar contoh dalam perlindungan alam sekitar di negara China dan telah membuat pelbagai usaha untuk menjayakan matlamat tersebut.

Antara usaha-usaha itu termasuk, menyusun semula struktur pembangunan ekonomi dan industri, agar perkembangan industri tidak membawa kesan negatif kepada ekologi dan alam sekitar. Selain itu, kerajaan Tianjin mempercepat pembinaan infrastruktur yang berfungsi melindungi alam sekitar. Pelbagai jalan raya yang lama juga telah diperbaiki untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Semenjak tahun 2002, kawasan penghijauan telah bertambah 58.26 juta meter persegi di bandar itu dan kadar liputan penghijauan meningkat kepda 35% daripada 26% pada tahun 2001.

Disamping itu, kerajaan Tianjin juga telah mendirikan 9 kawasan perlindungan alam sekitar dan menetapkan 85 buah kampung sebagai kampung ekologi.

Naib Datuk Bandar Tianjin, Chen Zhifeng memaklumkan, berdasarkan rancangan pembangunan bandar, Tianjin akan dibina menjadi sebuah bandar yang berdekatan dengan kawasan laut, gunung, hutan dan tasik serta mempunyai taman yang indah di dalamnya.

Difahamkan, kerajaan Tianjin juga akan memperuntukkan sebanyak 30 bilion Yuan Renminbi untuk menyelesaikan masalah pencemaran air dan kehijauan bandar dalam tempoh 3 tahun akan datang.

Jabatan Pentadbiran Perlindungan Alam Sekitar Bandar Tianjin menyatakan, perkembangan sosiokonomi dan taraf alam sekitar merupakan tanda penting bagi mewujudkan perkembangan bandar yang berterusan.