Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-01-21 15:48:59    
Jumlah Penduduk Tanah Besar China Catat 1.3 Bilion, Usaha Penduduk dan Perancang Keluarga China Capai Kejayaan

CRI
Pada subuh 6 Januari, di sebuah hospital di Beijing, seorang bayi lelaki menjadikan jumlah penduduk tanah besar China (tidak termasuk Hong Kong dan Makau) telah mencatat 1.3 bilion. Menteri Suruhanjaya Penduduk dan Perancang Keluarga Negara, Encik Zhang Weiqing dalam aktiviti sambutan yang diadakan di Beijing pada hari itu menyatakan, usaha penduduk dan perancang keluarga China telah mencapai kejayaan yang besar dan menyumbang kepada kestabilan dan perkembangan penduduk dunia. Usaha itu juga telah menyediakan keadaan penduduk yang baik bagi mewujudkan perkembangan berterusan.

Jumlah penduduk China pada masa ini menduduki 21% daripada jumlah keseluruhan penduduk dunia. Skop penduduk yang besar sentiasa menjadi salah satu ciri yang paling nyata bagi China. Pada tahun 1950, jumlah penduduk China mencatat 540 juta. Selepas itu, oleh sebab sosioekonomi China berkembang pesat, perkhidmatan kesihatan China semakin baik, jumlah penduduk China telah meningkat dengan cepat dan meningkat 200 juta penduduk dalam tempoh 10 tahun iaitu dari tahun 1964 hingga tahun 1974.

Peningkatan jumlah penduduk yang terlalu cepat beransur-ansur menjadi faktor yang mengekang perkembangan sosioekonomi China. Untuk mengubah situasi itu, China mulai melaksanakan perancang keluarga pada 1970-an untuk mengatasi masalah jumlah penduduk dengan pendekatan ekonomi, pendidikan, undang-undang dan pentadbiran. Atas usaha itu, tempoh peningkatan jumlah penduduk setiap 100 juta telah dipanjangkan. Misalnya, jumlah penduduk China meningkat kepada 1.3 bilion daripada 1.2 bilion dalam masa 10 tahun dan hari itu datang lambat empat tahun daripada jangkaan.

Encik Zhang Weiqing berkata, atas usaha selama lebih 30 tahun, kadar kelahiran China berada pada paras yang rendah dan stabil dan berjaya memanjangkan empat tahun lagi dalam mewujudkan matlamat mengawal jumlah penduduk kurang daripada 1.3 bilion pada penghujung abad ke-20. Usaha China yang berjaya itu telah meningkatkan keupayaan perkembangan berterusan negara, mendorong pembangunan ekonomi, dan sosial dan peningkatan taraf kehidupan rakyat negara ini.

Beliau berkata, sampai tahun 2003, kadar kelahiran penduduk China telah menurun kepada 1.241%,menurun lebih dua peratus berbanding tahun 1970. Jumlah anak purata setiap wanita telah menurun kepada 1.8 daripada 5.8 ketika dasar perancang keluarga baru dilaksanakan. Kadar kelahiran penduduk di China berada pada paras yang rendah sekarang.

Meskipun usaha penduduk dan perancang keluarga China telah mencapai kejayaan yang besar, tetapi China tetap menghadapi pelbagai masalah penduduk. Pada masa ini, jumlah kelahiran penduduk China setiap tahun melebihi 16 juta. Skop jumlah penduduk yang besar dan peningkatan tahunan yang tinggi telah melahirkan pelbagai pengaruh terhadap perkembangan ekonomi negara ini. Selain itu, China juga menghadapi pelbagai masalah seperti ketidakseimbangan nisbah jantina, warga tua semakin ramai dan pasaran pekerjaan semakin susah.

Encik Zhang Weiqing menyatakan, pada masa akan datang, China bukan sahaja mesti mengawal jumlah penduduk, tetapi juga harus menimbangkan siri isu seperti meningkatkan kecekapan penduduk, membimbing taburan penduduk dan membangunkan sumber tenaga manusia. China akan membentuk mekanisme pengajian strategi perkembangan jumlah penduduk, meningkatkan kesedaran tentang kesamarataan wanita dan lelaki serta perancang keluarga.

Difahamkan, menurut jangkaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, hingga 2030-an, jumlah penduduk China akan mencecah 1.5 bilion. Selepas tahun 2030, jumlah penduduk China tetap akan kekal meningkat dan mencapai kemuncak pada tahun 2040-an.

----Puspa