|
Pada tahun 2004, Sukan Olimpik telah diadakan di Athens, tempat bermulanya Sukan Olimpik itu diperkenalkan. Temasya sukan dunia yang meriah itu akan diadakan pula di Beijing pada 4 tahun akan datang. Fokus masyarakat antarabangsa tertumpu terhadap bandar raya Beijing, ibu negara China. Pelbagai persiapan yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Persiapan Sukan Olimpik Beijing telah mendapat perhatian umum.
Pada tahun 2004 hingga 2006 merupakan tahun penting bagi Beijing mengadakan persiapan termasuk membina stadium Sukan Olimpik. Sebagai tahun pertama yang penting, pelbagai persiapan Sukan Olimpik telah dijalankan dengan lancar, tugas Jawatankuasa Persiapan Sukan Olimpik Beijing telah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan berefisien tinggi.
Pembinaan jam penghitung masa yang menunjukkan baki hari sebelum Sukan Olimpik Beijing diadakan boleh dikatakan merupakan kejayaan awal Sukan Olimpik 2008.

Untuk mengelakkan cuaca yang terlalu panas, Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa pada penghujung Jun 2003 memutuskan menunda 2 minggu tarikh perasmian Sukan Olimpik Beijing daripada tarikh yang dijadualkan dahulu, tarikh baru perasminan Sukan Olimpik Beijing ialah pada 8 hingga 24 Ogos 2008. Pada 21 September 2004, masih ada 1,417 hari lagi Sukan Olimpik 2008 akan diadakan, Jawatankuasa Persiapan Sukan Olimpik Beijing telah mengaktifkan papan elektronik kiraan baki hari sebelum Sukan Olimpik itu diadakan di depan pintu Muzium Negara China di sebelah barat Lapangan Tian An Men, menunjukkan Sukan Olimpik 2008 akan diadakan pada pukul 8 pagi 8 Ogos 2008.
Pembinaan papan elektronik setinggi 14 meter dan selebar 5.5 meter itu sudah menjadi salah satu pemandangan baru di bandar raya Beijing. Papan elektronik itu juga menjadi sumber dorongan kerja persiapan Sukan Olimpik. Persiapan Sukan Olimpik Beijing akan dihitung dengan saat dan minit.

Pembinaan Stadium utama Sukan Olimpik Beijing 2008 telah dihentikan pada penghujung Julai 2004, cadangan untuk mengecilkan saiz stadium dan kemudahan sukan untuk Sukan Olimpik Beijing telah menimbulkan perdebatan. Kemudian, Jawatankuasa Persiapan Sukan Olimpik Beijing dan Jawatankuasa Perancangan Beijing mengumumkan bahawa tarikh penyelesaian pembinaan kemudahan sukan dan stadium Sukan Olimpik Beijng akan ditunda dari penghujung tahun 2006 sehingga ke pertengahan tahun 2007. Maka, sebahagian stadium akan mula dibina tahun 2005.
Jawatankuasa Persiapan Sukan Olimpik Beijing sedang menilai semula pelbagai projek melibatkan Sukan Olimpik Beijing, tampa menjejaskan imej, kemudahan sukan dan stadium, berdasarkan prinsip "Berjimat Menganjurkan Sukan Olimpik" telah ditetapkan
Selepas logo Sukan Olimpik Beijing diumumkan pada tahun 2003, aktiviti mencipta logo Sukan Paralimpik dan mencipta maskot sukan tersebut telah dilaksanakan pada tahun 2004.

Aktiviti mencipta maskot Sukan Olimpik Beijing 2008 dan Sukan Paralimpik akan berlangsung selama 4 bulan, ini telah menarik perhatian perantau China, syarikat reka bentuk profesional Asia dan Eropah. Setakat 1 Disember, jabatan berkenaan telah menerima sebanyak 662 buah ciptaan maskot, antaranya imej panda, kera Sun Wukong, rusa dan juga banyak imej istimewa yang lain.
Selain itu, Jawatankuasa Persiapan Olimpik Beijing telah menghantar dua kumpulan pegawai ke Athens untuk mempelajari pengalaman Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Athens. Penerokaan pasaran Sukan Olimpik Beijing telah dijalankan mengikut rancangan dan telah melantik 6 penaja bersama antaranya Syarikat Kereta Volsvagen. Pusat Penerangan Sukan Olimpik Beijing akan beroperasi menyediakan keperluan pihak media dalam dan luar China untuk melaporkan Sukan Olimpik Beijing.
----Fidah
|