Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perdana Menteri Jepun, Koizumi Junichiro semalam semasa menyampaikan ucapan dalam sidang pleno Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri menyatakan, China sudah menjadi rakan perdagangan sama penting seperti A.S. bagi Jepun, hubungan Jepun dan China semakin hari semakin rapat.
Koizumi Junichiro berkata, Jepun dan China telah mencapai persefahaman dalam sidang kemuncak kedua-dua negara tidak lama dahulu, iaitu hubungan Jepun-China sangat penting untuk masyarakat antarabangsa, kedua-dua negara harus meningkatkan hubungan tersebut.
Tentang dasar luar Jepun, Koizumi Junichiro menyatakan, hubungan antara Jepun dan A.S. merupakan asas hal ehwal luar Jepun dan menjadi asas untuk memelihara keselamatan dan perdamaian Jepun malah seluruh dunia. Selain itu, Jepun juga bekerjasama dengan Republik Korea, China dan Rusia, sedaya upaya menyelesaikan masalah nuklear dan penculikan, mennormalkan hubungan Jepun dengan Republik Rakyat Demokratik Korea.
|