Menurut Agensi Berita Xinhua China, Menteri Luar Finland, Erkki Tuomioja semalam mengesahkan bahawa atas usaha jasa baik yang dibuat oleh bekas Presiden Finland, Martti Ahtisaari, wakil kerajaan Indonesia dan kumpulan pemisah negara itu "Pergerakan Pembebasan Aceh" akan mengadakan rundingan gencatan senjata di Helsinki, ibu negara Finland pada minggu depan.
Erkki Tuomioja mendedahkan bahawa Martti Ahtisaari telah melakukan jasa baik tentang rundingan tersebut sebelum bencana gempa bumi dan Tsunami berlaku.
|