Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-01-24 10:59:31    
Pendidikan Kualiti Psikologi Pelajar Berkembang Maju di Institusi Pengajian Tinggi Beijing

Agensi Berita Xinhua China

Program pendidikan kualiti psikologi pelajar institusi pengajian tinggi bandar Beijing telah diumumkan baru-baru ini, program itu melibatkan 3 perkara termasuk pengajaran dan pendidikan, perkhidmatan nasihat, pencegahan penyakit dan bantuan kepada pesakit yang menghadapi risiko, ini menandakan sistem bimbingan pendidikan kualiti psikologi telah dibentuk di pelbagai institusi pengajian tinggi Beijing.

Berdasarkan maklumat Suruhanjaya Pendidikan Bandar Beijing, dalam "Program Pencegahan Penyakit dan Bantuan Pesakit Hadapi Risiko dari Pendidikan Kualiti Psikologi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Beijing", dikemukakan beberapa prinsip, bukan sahaja bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi para pelajar dalam psikologi, tetapi juga menumpukan perhatian terhadap perkembangan mereka pada masa depan. Program itu menyebabkan taraf tugas khidmat nasihat psikologi di pelbagai institusi pengajian tinggi mencapai standard yang ditetapkan.

Walaupun penyakit dan krisis psikologi menjejaskan minoriti pelajar, akan tetapi masalah itu tidak menguntungkan kerja dan kestabilan di universiti. Pada masa ini, kebanyakan institusi pengajian tinggi berkurangan cara untuk mengatasi krisis psikologi. Sehubungan dengan itu, pengumuman "Program Pencegahan Penyakit dan Bantuan Pesakit Hadapi Risiko dari Pendidikan Kualiti Psikologi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Beijing" itu bermanfaat bagi pegawai pelbagai institusi pengajian tinggi mengambil tindakan seimbang, menyediakan bantuan secara berkesan kepada pelajar yang mengidap penyakit psikologi atau menghadapi risiko, mengelakkan dan mengurangkan penjejasan kejadian yang berlaku secara mendadak terhadap para pelajar di kampus.

Berdasarkan maklumat, Beijing merupakan salah satu bandar yang paling awal melaksanakan tugas pendidikan kualiti psikologi pelajar di institusi pengajian tinggi. Pada tahun 1987, pusat khidmat nasihat psikologi telah ditubuhkan di 4 institusi pengajian tinggi di Beijing. Melalui penyelidikan dalam tempoh banyak tahun, kursus tentang psikologi telah dibuka, pusat khidmat nasihat telah ditubuhkan, pasukan bantuan yang terdiri daripada para pelajar dan kumpulan psikologi pelajar telah dibentuk dalam pelbagai institusi pengajian tinggi bandar Beijing.

----Ching