Kaunti Xinye, Provinsi Henan yang terletak di bahagian tengah China mempunyai tanah pertanian seluas lebih 60 ribu hektar, penduduk di kawasan itu berjumlah seramai 730 ribu orang. Pada masa dahulu, pembangunan ekonominya terhalang disebabkan kekurangan maklumat dan kemudahan lalu lintas. Kerajaan tempatan berpendapat, mereka harus meningkatkan pembangunan teknologi maklumat untuk mengumpulkan maklumat dari tempat lain agar ekonomi tempatan dapat berkembang lebih cepat.
Di Pusat Maklumat Harga Pasar Borong Sayur-sayuran Kaunti Xinye, pasar sayur yang terbesar di bahagian barat daya Provinsi Henan, Encik Zhang, petani tempatan yang mengadakan berurus niaga sayur-sayuran memaklumkan kepada wartawan CRI, "Pada masa ini, kami dengan hanya menggunakan tetikus sahaja sudah boleh mengetahui kuota pasaran sayur-sayuran di pelbagai tempat di seluruh negara China; dan menerusi telefon boleh menghubungi pelanggan di tempat lain datang ke sini membeli dan mengangkut sayur-sayuran. Ia amat mudah sekali."
Berdasarkan statistik, pasar Xinye tersebut setiap tahun menjual sayur-sayuran sebanyak 1 bilion kilogram, dan jumlah perdagangan bernilai lebih 700 ribu Yuan RMB. Kejayaan yang dicapai oleh Kaunti Xinye tersebut disebabkan usaha kerajaan tempatan giat meningkatkan pembangunan teknologi maklumat.
Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Kaunti Xinye meningkatkan pembangunan infrastruktur antaranya jaringan bekalan tenaga elektrik, jalan raya, komunikasi, TV kabel dan lain-lain, memperuntukkan 380 ribu Yuan RMB untuk melaksanakan projek membina jalan raya yang menghubungkan setiap kampung, memasang telefon, membina kemudahan penerima siaran radio dan TV dan memperbaiki jaringan bekalan tenaga elektrik di setiap kampung. Pada masa ini, semua pekan, kampung dan keluarga di Kaunti Xinye telah disediakan bekalan tenaga elektrik. Setiap pekan dan kampung di kaunti tersebut telah membina jalan raya yang boleh menghubungi kapung-kampung lain yang panjangnya lebih seribu kilometer.
Encik Liang, pegawai Biro Telekomunikasi Kaunti Xinye memaklumkan wartawan CRI, "Kaunti kami telah membina pusat ibu sawat yang menangani pengurusan 100 ribu talian telefon, sebanyak 264 buah kampung di kaunti kami telah disediakan perkhidmatan telefon, dan kadar liputan perkhidmatan telefon bimbit mencapai 98%. Siaran radio dan TV boleh diterima di setiap kampung. Kami juga giat melaksanakan projek internet. Sebanyak 14 pekan di kaunti kami telah menubuhkan laman web dan jumlah pengguna perkhidmatan internet mencapai lebih 3000 orang. Petani sudah biasa menggunakan telefon bimbit. Pemberian set telefon dan komputer sebagai hadiah perkahwinan juga semakin popular."
Di Kaunti Xinye, ramai petani menerusi acara siaran TV mempelajari teknologi baru tentang penanaman dan memelihara ternakan, melalui internet kami dapat mengetahui pelbagai maklumat dan menggunakan telefon tetap dan telefon bimbit untuk berurus niaga. Pada beberapa tahun yang lalu, petani Pekan Wangji menanam tembikai seluas lebih 700 hektar, tetapi disebabkan kekurangan maklumat dan saluran pasaran menyebabkan penjualan buah-buahan itu kurang lancar, ramai petani memperoleh keuntungan yang kurang lumayan.
Cik Zhang, penanam tembikai di Pekan Wanhji, Kaunti Xinye memaklumkan wartawan CRI, "Saya kecewa menanam tembikai 2 tahun kebelakangan ini, kerana sukar menjualnya. Saya sendiri tidak mempunyai saluran dan maklumat yang cukup. Sekarang kerajaan tempatan mengeluarkan maklumat tentang masa, jumlah pengeluaran dan harga di laman web sebelum musim penunaian, dan terdapat ramai pelanggan datang ke sini memesan tembikai."
----AZMI
|