Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-01-24 16:05:14    
China Tingkatkan Taraf Penggunaan Pelaburan Asing

CRI

Naib Perdana Menteri China Puan Wu Yi yang bertanggungjawab terhadap ekonomi dan perdagangan dengan luar China di Beijing baru-baru ini menyatakan, selain terus meningkatkan usaha menarik pelaburan asing pada masa depan, kerajaan China akan meningkatkan taraf penggunaan pelaburan asing untuk menyempurnakan struktur industri dan meningkatkan keupayaan penerokaan secara inisiatif. Sehubungan dengan itu, China menggalakkan syarikat transnasional menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan di China dan memindahkan teknologi tinggi dan perusahaan sektor perkhidmatan dari luar negara ke China.

Zon pembangunan ekonomi dan teknologi peringkat negara merupakan taman industri moden yang ditubuhkan oleh kerajaan China untuk menarik pelaburan asing, perusahaan pelaburan asing di zon tersebut menikmati dasar keutamaan kerajaan pusat dan tempatan. Sejak kerajaan China menubuhkan zon pembangunan ekonomi dan teknologi peringkat negara pada tahun 1984, terdapat 49 buah zon pembangunan di pelbagai tempat di China.

Puan Wu Yi menyatakan, zon pembangunan ekonomi dan teknologi peringkat negara memainkan peranan penting dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu dan memberi sumbangan penting bagi pertumbuhan ekonomi China. Meningkatkan taraf penggunaan pelaburan asing untuk meningkatkan keupayaan inovasi secara inisiatif merupakan tugas utama kerajaan China pada masa depan. Beliau berkata,

"Kami menarik pelaburan asing untuk meningkakan keupayaan penerokaan secara inisiatif. Kami tidak boleh sentiasa memindahkan teknologi secara berulang kali sahaja. Sebaliknya kami harus meningkatkan daya inovasi sendiri."

Puan Wu Yi berpendapat, perubahan cara kerja utama untuk menarik pelaburan asing sangat penting kerana China menghadapi persaingan di luar negara dan masalah pertumbuhan ekonomi dalam negara. Pada masa ini, seiring dengan pertumbuhan ekonomi sedunia dan perkembangan globalisasi ekonomi, penyusunan semula struktur industri sejagat dan peralihan modal antarabangsa semakin cepat. Pelaburan syarikat transnasional meningkat dan pelaburan mengutamakan industri teknologi tinggi dan sektor perkhidmatan. Walaupun China merupakan salah satu tempat pilihan utama syarikat transnasional dan pelaburan asing, akan tetapi disebabkan negara-negara jiran meningkatkan daya tarikan pelaburan asing, ini memberi tekanan besar kepada China.

Berdasarkan rancangan, KDNK China pada tahun 2020 akan meningkat tempat kali ganda berbanding tahun 2000, mencatat empat ribu bilion dolar Amerika. Ini menyebabkan China mengubah cara pertumbuhan ekonominya yang mundur dan menyempunakan struktur industri dalam negara. Semasa menyebut bagaimana meningkatkan taraf penggunaan pelaburan asing dalam situasi baru, Puan Wu Yi menyatakan,

"setelah memasuki zaman baru, kerajaan China harus mencari cara baru untuk menarik pelaburan asing. Kami akan menggunakan pelaburan asing secara berkesan, belajar teknologi tinggi, menarik syarikat transnasional memindahkan pusat penyelidikan dan pembangunannya di China, memindakan tenaga profesional dan teknologi untuk meningkatkan daya inovasi China."

Puan Wu Yi menambah, untuk menggalakkan syarikat transnasional memindahkan pusat penyelidikan dan penmbangunannya di China, kerajaan China akan meningkatkan perlindungan terhadap hak harta intelektual; di samping itu, kos pengurusan akan dikurangkan, taraf pentadbiran ditingkatkan dan iklim pelaburan disempurnakan di zon pembangunan ekonomi dan teknologi China peringkat negara.

----Ching