Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-01-24 16:18:57    
Penggunaan Sains dan Teknologi Nyawa Tingkatkan Taraf hidup Rakyat China

CRI

Sains nyawa merupakan salah satu sains asas yang menarik perhatian di dunia pada masa ini. Gejala, sifat, ciri-ciri, hukum nyawa dan lain-lain yang telah diselidik dalam sains tersebut untuk mengawal pergerakan nyawa, mengubahsuai kalangan biologi untuk bermanfaat bagi kehidupan manusia. Pada masa ini, sains nyawa berkaitan erat dengan nyawa dan kesihatan manusia serta perkembangan sosioekonomi. Sains dan teknologi nyawa sedang digunakan di China.

Umur perkapita warga China hanya mencatat 35 tahun pada tahun 1950, akan tetapi, umur perkapitan warga China telah mencatat 73 tahun pada masa ini. Profesor Kolej Perubatan Universiti Peking Puan Wang Wenli menyatakan, matlamat itu tidak akan berjaya tanpa syarat penjagaan kesihatan, perubatan dan kebersihan yang berdasarkan sains nyawa. Beliau berpendapat, umur warga China jika ingin panjang, kesihatan perlu diperbaiki yang berkaitan langsung dengan perkembangan sains nyawa. Beliau berkata,

"Perkembangan sains nyawa amat pesat dan menggembirakan. Sebagai ahli kajian sains nyawa, kami berharap setiap orang hidup dengan sihat."

Puan Wang Wenli menyatakan, vaksin yang dikaji dan dikeluarkan berdasarkan sains dan teknologi nyawa memainkan peranan penting bagi menjamin kesihatan warga China. Misalnya, vaksin cacar berjaya digunakan untuk menghapuskan penyakit tersebut di China pada tahun 1960. 

Selain itu, kerajaan China juga melaksanakan penyelidikan dan pengeluaran vaksin untuk mencegah perebakan penyakit berjangkit yang baru. SARS yang merebak pada tahun 2003 pernah menjejaskan kesihatan penduduk awam dan perkembangan sosioekonomi di China. Tidak lama selepas SARS dikesan di China, ahli penyelidik sains China melaksanakan kajian untuk mengeluarkan vaksin SARS berdasarkan sains dan teknologi nyawa. Tidak lama dahulu, ujian perubatan vaksin SARS di hospital peringkat pertama telah mencapai kejayaan. Pegawai kumpulan penyelidikan sains dan teknologi SARS China Encik Wang Xiaofang menyatakan,

"Hasil yang dicapai dalam penyelidikan vaksin menghapuskan virus SARS bermakna kajian sains dalam bidang itu mencapai kejayaan. Hasil itu juga membuktikan SARS dapat dicegah, dikawal dan dirawat. Ini juga membuktikan China mencapai taraf maju di dunia dalam bidang penyelidikan dan pengeluaran vaksin SARS."

Selain memainkan peranan penting dalam bidang mencegah penyakit berjangkit, sains nyawa juga bermanfaat bagi merawat kanser darah dan anemia yang teruk. Encik Zu Hui yang berumur 23 tahun mengidap kanser darah. Beliau berjaya menerima pemindahan sel stem pengeluaran darah pada tahun 2004. Beliau berkata, selain mengucapkan terimakasih terhadap sukarelawan yang menderma sel stem pengeluaran darah kepadanya, tetapi juga berterimakasih terhadap perkembangan sains dan teknologi nyawa. Beliau berkata,

"Saya berpendapat, teknologi perubatan yang maju telah menyelamatkan nyawa saya. Saya berasa sihat sekarang. Ibu bapa saya juga amat gembira. Taraf hidup keluarga kami juga meningkat. Saya akan pergi ke hospital untuk menjalani pemeriksaan susulan menurut jadual."

Selain dalam bidang perubatan, sains dan teknologi nyawa juga bermanfaat bagi pengeluaran tanam-tanaman pertanian di China. Kajian kacukan benih padi mencapai taraf tinggi di dunia.

----Ching