|
Naib Ketua Pusat Penyelidikan Sayur-sayuran Akademi Sains Pertanian dan Perhutanan Beijing Encik Li Wu yang menyertai Sidang Ketiga Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat Beijing ke-10 baru-baru ini menyatakan, untuk menjamin belakan sayur-sayuran dalam tempoh pembukaan Sukan Olimpik Tahun 2008, kerajaan bandar Beijing akan mengimport lebih 40 jenis sayur-sayuran, kebanyakan perusahaan berminat terhadap isu itu."
Sukan Olimpik Tahun 2008 dijadualkan diadakan pada bulan Ogos di Beijing. Pada ketika itu, iklim adalah musim panas dan banyak hujan, bekalan sayur-sayuran mungkin berkurangan. Sehubungan itu, isu jenis, jumlah dan kualiti sayur-sayuran menarik perhatian kerajaan China.
Berdasarkan jangkaan jabatan kerajaan, dalam tempoh Sukan Olimpik, kontijen pelbagai negara, pegawai teknologi, kakitangan pihak media dan pekerja lain akan berjumlah 270 ribu orang. Makanan yang disediakan dalam Kampong Sukan Olimpik akan mencatat 60 ribu set setiap hari, Sayur-sayuran sekurang-kurangnya 145 tan harus disediakan dari pangkalan pengeluar setiap hari. Jika Sukan Olimpik berlangsung selama 27 hari, sebanyak 2530 tan sayur-sayuran harus disediakan. Tambahan pula permintaan pelancong di Beijing, sebanyak 5000 tan sayur-sayuran harus disediakan sehari.
Selain jumlah permintaan yang besar harus dipenuhi, sayur-sayuran yang pelbagai jenis juga harus dijamin bagi ahli sukan dari pelbagi negara. Berdasarkan analisis awal, jenis sayur-sayuran akan melebihi 150 jenis dalam tempoh Sukan Olimpik.
Menurut Encik Li Wu, memandangkan permintaan tersebut, sekurang-kurangnya 40 jenis sayur-sayuran masih berkurangan di Beijing. Sayur-sayuran tersebut dengan utamanya adalah dari Amerika Latin dan Afrika.
Disebabkan sayur-sayuran yang segar sukar diangkut dalam perjalanan panjang, dalam tempoh pembukaan Sukan Olimpik, biasanya sayur-sayuran harus disediakan oleh bandar yang menganjurkan Sukan Olimpik. Menurut Encik Li Wu, untuk memenuhi permintaan jumlah dan jenis sayur-sayuran, kerajaan bandar Beijing mengambil cara yang mengimport benih untuk ditanam, cuma beberapa jenis sayur-sayuran sahaja diimport secara langsong.
----Ching
|