Menurut Harian Renminribao China, Jabatan Pentadbiran Umum Kastam China memaklumkan bahawa jumlah import dan eksport di kawasan sub Delta Mutiara Tanah Besar China mencapai 433.4 bilion Amerika pada tahun lalu dan meningkat 30% berbanding tempoh yang sama tahun 2003.
Kawasan sub Delta Mutiara termasuk 9 provinsi dan kawasan autonomi seperti Fujian, Jiangxi, Hunan, Guangdong, Guangxi, Hainan, Sichuan, Guizhou dan Yunnan serta kawasan Hong Kong dan Makau, antaranya jumlah perniagaan di kawasan sub Delta Mutiara Tanah Besar China meduduki satu pertiga di seluruh negara.
Berdasarkan statistik Kastam, jumlah import di kawasan sub Delta Mutiara Tanah Besar China melalui Hong Kong melebihi 130 bilion dolar Amerika pada tahun lalu dan meningkat 25% berbanding tempoh yang sama tahun 2003.
|