Menurut Agensi Berita Xinhua China, setakat penghujung tahun lalu, pendaftaran cap dagang perusahaan Hong Kong di Tanah Besar China telah mencapai 40 ribu buah.
Naib Ketua Pengarah Jabatan Umum Pentadbiran Industri dan Perdagangan Negara China Li Dongsheng berkata, pada tahun-tahun kebelakangan ini, usaha melindungi cap dagang di Tanah Besar China telah ditingkatkan, suasana pelaburan diperbaiki. Setakat penghujung tahun lalu, pendaftaran cap dagang perusahaan luar di Tanah Besar China telah mencapai lebih 480 ribu.
|