Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-01-26 11:41:29    
Pelaburan Kerajaan Bimbing dan Dorong Masyarakat Melabur di Bandar Beijing

Agensi Berita Xinhua China

Pada tahun 2004, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Bandar Beijing mengaturkan peruntukan kerajaan sebanyak 16.6 bilion Yuan RMB untuk membimbing dan mendorong pelaburan dari masyarakat sebanyak kira-kira 60 bilion Yuan RMB. Ini telah mengubah cara peruntukan kerajaan dan meningkatkan peranan bimbingan kerajaan.

Berdasarkan maklumat, antara peruntukan kerajaan bandar Beijing yang berjumlah 16.6 bilion Yuan RMB yang disediakan pada tahun 2004, 13.66 bilion Yuan RMB digunakan untuk pembangunan projek, 2.94 bilion Yuan digunakan untuk membayar kadar faedah pinjaman wang dan pampasan bayaran pelaburan pembangunan kemudahan infrastruktur. Kerajaan bandar Beijing memperuntukkan dengan pelbagai cara seperti memperuntukkan secara langsung, memberi wang bantuan, meningkatkan kadar faedah dan lain-lain, di samping itu, pelbagai cara pelaburan seperti urus niaga keizinan khas dan lain-lain juga diambil. Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Bandar Beijing mengaturkan peruntukan kerajaan untuk membimbing dan mendorong masyarakat melaburkan 16 bilion Yuan RMB dalam bidang kemudahan infrastruktur, 9.6 bilion Yuan RMB dalam sektor industri, 4.8 bilion Yuan RMB dalam bidang sains dan teknologi tinggi, 4.7 bilion Yuan RMB dalam bidang usaha masyarakat dan 3.9 bilion Yuan RMB dalam sektor pertanian dan pengedaran komoditi moden. Antaranya, sebanyak 5.5 bilion Yuan RMB yang dilaburkan dari masyarakat digunakan untuk membangunkan 16 projek kemudahan infrastruktur seperti lebuh raya ekspres, logi penapisan air kumbahan. Pada masa dahulu, pelaburan projek tersebut diperuntukkan oleh kerajaan.

Berdasarkan statistik, peruntukan kerajaan bandar Beijing dalam projek di kawasan luar bandar dan kaunti berjumlah 5.87 bilion Yuan RMB pada tahun 2004, merupakan 2.67 kali ganda berbanding tahun 2003; peruntukan kerajaan bandar Beijing sebanyak 540 juta Yuan RMB dilaburkan dalam bidang industri teknologi tinggi dan industri pembuatan moden pada tahun 2004, merupakan 2.3 kali ganda berbanding tahun 2003.

Atas bimbingan peruntukan kerajaan, pelaburan masyarakat Beijing berjaya berpindah. Masyarakat mulai melaburkan di kawasan luar bandar, kadar pelaburan di kawasan luar bandar meningkat 3%; pelaburan masyarakat dalam bidang sains dan teknologi tinggi, industri pembuatan moden dan sektor perhidmatan juga meningkat. Manakala pelaburan dalam bidang penerokaan hartanah berjaya dikawal.

----ching