Menurut Agensi Berita Xinhua, sejak Januari, wabak selesema burung telah dikesan di hampir separuh provinsi dan kota Vietnam selesema burung, itik dan ayam yang dibunuh telah melebihi 610 ribu ekor, 11 orang disahkan dijangkiti penyakit selesema burung, antaranya 9 orang sudah mati.
Menurut berita pihak media tempatan hari ini, maklumat terkini menunjukkan sudah terdapat 26 buah provinsi dan kota di Vietnam dijangkiti selesema burung. Seorang lelaki berumur 17 tahun disahkan mati kerana dijangkiti penyakit selesema burung semalam.
Difahamkan, baru-baru ini, Vietnam tidak mengimport telur, itik dan ayam dari negara jiran buat sementera, jabatan berkenaan juga telah meningkatkan pengawalan terhadap pengangkutan dan perniagaan itik, ayam dan telur.
|