Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-01-27 12:02:00    
Perkembangan Tenaga Elektrik Dipercepat di Provinsi Shanxi China

CNR

Dalam jangka masa panjang, produksi dan bekalan tenaga elektrik mengalami banyak kesukaran di Provinsi Shanxi China. Tenaga elektrik tidak dapat digunakan dengan sesuka hati dalam pengeluaran industri dan kehidupan penduduk awam.

Walaupun Provinsi Shanxi kaya dengan arang baru, akan tetapi tenaga elektrik tidak dapat berkembang secara lancar, ini menyusahkan penduduk tempatan. Pada masa ini, penduduk di Provinsi Shanxi berusaha untuk mempercepat pembangunan tenaga elektrik.

Berdasarkan maklumat terkini kerajaan Provinsi Shanxi, sebanyak tujuh projek pembangunan penting telah ditetapkan di provinsi itu untuk membangunkan provinsi itu sebagai pangkalan sumber tenaga dan industri baru China. Setelah semua projek itu selesai dibangunkan, kapasiti penjanaan elektriknya akan mencatat 2.4 juta kilowatt, ini akan menyelesaikan ketegangan penggunaan tenaga elektrik di provinsi itu.

Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, pelaburan dalam pembangunan dan peningkatan taraf teknologi jaringan elektrik di Provinsi Shanxi mencatat 9.8 bilion Yuan RMB, substesen transformer lima ratus kilovolt yang dibina dan diperluas mencatat lima buah, kawat elektrik sepanjang 735 kilometer telah selesai dibina. Ini menyelesaikan masalah kekurangan elektrik di kawasan bahagian selatan di provinsi itu.

Wartawan mendapat maklumat dari Syarikat Tenaga Elektrik Provinsi Shanxi bahawa kerajaan merancang membina enam lojgi janakuasa elektrik dalam projek bekalan tenaga elektrik dari bahagian barat China ke bahagian timur, empat loji antaranya terletak di Provinsi Shanxi.

Badan Tenaga Elektrik Provinsi Shanxi menjadikan tahun 2004 sebagai "Tahun Pembangunan Jaringan Elektrik". Pada akhir tahun 2004, lima buah substesen transformer 220 kilovolt dan empat projek bekalan tenaga elektrik telah selesai dibina. Naib Pengurus Besar Syarikat Tenaga Elektrik Shangxi Encik Song Hongliang menyatakan, masalah yang menyekat peningkatkan keupayaan bekalan elektrik di Provinsi Shanxi telah diatasi.

Berdasarkan rancangan pembangunan tenaga elektrik kerajaan Provinsi Shanxi, dalam tempoh rancangan "lima tahun ke-15", kapasiti penjanaan elektrik dalam pembangunan tenaga elektrik provinsi itu akan mencatat 10 juta 800 ribu kilowatt. Setelah projek itu selesai dibina, sebanyak 20 juta tan arang baru akan digunakan, pelaburan pembinaan lombong arang batu akan mencatat kira-kira 3.5 bilion Yuan RMB, pelaburan projek elektrik dan arang batu akan berjumlah kira-kira 58 bilion Yuan RMB, pendapatan cukai akan meningkat kepada tiga bilion Yuan RMB setiap tahun.

----Ching