Sukan bola sepak China sangat popular di China, tetapi juga sentiasa mengecewakan rakyat China. Pada tahun lalu, pasukan bola sepak lelaki China gagal melayakkan diri ke peringkat Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia Jerman tahun 2006, Pertandingan Liga China juga menghadapi masalah. Kalangan sukan bola sepak China berbincang dan menyingkap kembali peristiwa lalu dan mula mengadakan pembaharuan pada awal tahun ini.
Tahun 2004 merupakan tahun yang paling mengecewakan dalam sejarah sukan bola sepak China, skuad bola sepak pra-Olimpik lelaki China gagal melayakkan diri ke peringkat pertandingan Sukan Olimpik Athens pada tahun lalu, skuad bola sepak pra-Olimpik wanita China yang diberi harapan tinggi juga sangat mengecewakan peminat dalam Sukan Olimpik Athens. Pasukan bola sepak lelaki kebangsaan China gagal dalam pertandingan kelayakan kawasan Asia untuk Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia Jerman 2006.
Selain pasukan bola sepak kebangsaan kurang memuaskan, pertandingan liga dalam negara juga mengalami masalah. Pertandingan liga bola sepak China baru ditubuhkan setahun sahaja, banyak berita tentang pemain berjudi dalam pertandingan, pengadil menerima rasuah dan keputusan pertandingan ditentukan oleh pemain judi telah didedahkan, masalah tersebut telah mengakibatkan krisis pada Oktober tahun lalu, Pasukan Bola Sepak Beijing dalam pertandingan dengan pasukan Liaoning telah menarik diri daripada pertandingan itu kerana tidak berpuas hati terhadap keputusan yang dibuat oleh pengadil.
Selepas itu, pasukan bola sepak Dalian juga tidak menyertai perlawanan dalam satu pertandingan yang diadakan. Peristiwa tersebut mencerminkan kewibawaan pengadil China terlalu rendah, pertandingan liga bola sepak China mempunyai banyak masalah. Kegagalan pasukan China dalam pertandingan bola sepak antarabangsa dan masalah dalam pertandingan liga dalam negara mengakibatkan sukan bola sepak China menghadapi cabaran.
Naib Pengerusi merangkap Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak China, Yan Shiduo menyatakan, "Tahun 2004 merupakan waktu yang paling sukar dalam sejarah sukan bola sepak China. Sebagai pegawai sukan bola sepak China, saya harus bertanggungjawab terhadap kelemahan itu. Saya memohon maaf kepada semua pemain dan peminat bola sepak China."
Semua peminat bola sepak China berpendapat, sukan bola sepak China harus mengadakan pembaharuan. Pada 2 bulan terakhir tahun lalu, kalangan sukan bola sepak China banyak mengadakan perbincangan dan menyingkap kembali pengalaman lalu. Ketua Pengarah beberapa pasukan China mencela kelemahan dalam sukan bola sepak China dan menuntut diadakan penyusunan semula.
Persatuan Bola Sepak China aktif menangani tuntutan pelbagai pasukan dan pelbagai kalangan masyarakat. Pada 19 Januari lepas, Kongres Persatuan Bola Sepak China mengesahkan "Program Persatuan Bola Sepak China". Program itu berdasarkan "Program Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa", menetapkan hak dan kewajiban anggota, menyusun semula jawatankuasa persatuan itu dan tindakan yang lain-lain.
Samaada tindakan tersebut boleh memuaskan hati semua pasukan anggota masih belum dapat dipastikan. Wakil pasukan Dalian, Yuan Wanzhong berkata,
"Dalam proses meminda program itu, saya paling memerhatikan masalah kelayakan anggota. Kelab profesional harus menjadi anggota Persatuan Bola Sepak China."
Sekarang, pelbagai kalangan sukan bola sepak China sudah mencapai kata sepakat, mereka mengemukakan rancangan pembangunan sukan bola sepak China pada masa depan, pertandingan liga China harus diadakan dengan stabil dan sihat, terus meningkatkan taraf sukan bola sepak China dan berusaha mengadakan persiapan untuk Sukan Olimpik Beijing 2008.
Kalangan bola sepak China sudah menyedari bahawa kalau ingin meningkatkan taraf sukan bola sepak China dalam jangka panjang, mereka harus berusaha meletakkan dasar yang kukuh, iaitu mengadakan latihan untuk pemain muda. Yan Shize berkata, "Persatuan Bola Sepak China, persatuan bola sepak tempatan dan pelbagai kelabnya harus berusaha melatih pemain dan jurulatih yang unggul. Persatuan Bola Sepak China akan terus menubuhkan dan menyempurnakan sistem latihan serta meningkatkan peruntukan kepada semua kelap bola sepak di pelbagai tempat di China.
Persatuan bola sepak, pertandingan liga dan kelab bola sepak bertanggungjawab menjayakan latihan untuk para pemain mereka. Persatuan bola sepak tempatan di samping menjalankan tugas pentadbirannya, harus menyediakan latihan untuk para pemain muda, menubuhkan pangkalan latihan untuk pemain negara, menyediakan sokongan kepada kelab untuk melatih pemain muda. Latihan untuk pemain muda akan menjadi standard yang penting kepada Persatuan Bola Sepak China untuk menilai kerja persatuan bola sepak tempatan."
----andika
|