Menurut Agensi Berita Xinhua China, Bejing sebagai ibu negara China baru-baru ini telah mengeluarkan dan mulai melaksanakan tiga program penting tentang pendidikan psikologi terhadap mahasiswa-mahasiswi termasuk pengajaran, perkhidmatan nasihat, pencegahan penyakit dan bantuan krisis. Ini melambangkan Beijing pada peringkat awal menubuhkan sistem bantuan pendidikan psikologi universiti dan kejayaan tersebut menjadikan Beijing mendahului tempat lain di China.
Jabatan Pendidikan kerajaan Beijing memaklumkan bahawa "Program Pengajaran Pendidikan Psikologi Mahasiswa Univertsiti Beijing" yang baru dilaksanakan itu menetapkan beberapa prinsip termasuk keseluruhan, perkembangan, saintifik dan pencegahan. Ia menegaskan bahawa bukan sahaja harus membantu mahasiswa mengatasi masalah psikologi, tetapi juga harus membantu mereka mementingkan masa depan.
Walaupun hanya terdapat sedikit mahasiswa mengidap penyakit psikologi, tetapi mereka mendatangkan pengaruh negatif terhadap kerja rutin di universiti.
Pada masa ini, kebanyakan universiti China berkurangan tindakan yang berkesan untuk menangani masalah tersebut.
1 2
|