Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-01-28 11:09:40    
Pakar Asia Jangka Kadar Pertumbuhan Ekonomi China Tahun 2005 Akan Capai 8.5%

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, pakar ekonomi Bank Pembangunan Asia di China Zhuang Jian berkata semalam, ekonomi China pada tahun ini akan kekal stabil, kadar pertumbuhan ekonomi tahun ini dijangka akan mencapai kira-kira 8.5%.

Semasa diwawancara oleh wartawan, beliau berkata, berbanding tahun lalu, kecepatan pertumbuhan pelaburan, import dan eksport China tahun ini akan perlahan. Dasar Kawalan Makro Ekonomi yang dilaksanakan China akan memperlahankan kadar pertumbuhan pelaburan yang panas dalam beberapa sektor.

Beliau percaya, China akan mencapai kejayaan dalam sektor perbankan, perkhidmatan kewangan dan pembaharuan perusahaan negara China.