Wartawan CRI melaporkan, Kedutaan Besar Chile di China memaklumkan, rundingan Zon Perdagangan Bebas China-Chile pusingan pertama telah selesai di Beijing hari ini.
Ini merupakan rundingan Zon Perdagangan Bebas pertama antara China dan negara Amerika Latin. Kedua-dua pihak telah secara rasmi menubuhkan Jawatankuasa Rundingan Perdagangan, dan bertukar-tukar pendapat tentang masalah utama kerja dan bidang rundingan tersebut.
Kedua-dua pihak memutuskan akan mengadakan rundingan tentang masalah perdagangan barangan, tempat pengeluar dan kuarantin barang perdagangan.
|