Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-01-31 09:00:40    
China Terus Laksanakan Dasar Majukan Sektor Pertanian

CRI

Menurut berita CRI, China akan terus menstabilkan, menyempurnakan dan meningkatkan pelbagai dasar pada tahun ini agar menyokong perkembangan sektor pertanian dan pembangunan desa, meningkatkan daya pengeluaran bersepadu sektor pertanian agar dapat mencapai pengeluaran bahan makanan yang meningkat dengan stabil dan meningkatkan pendapatan para petani.

Ini terkandung dalam "Cadangan Dasar Meningkatkan Usaha Pertanian dan daya Pengeluaran Bersepadu Pertanian" yang ditetapkan oleh Dewan Negara China baru-baru ini.

Pada tahun 2004, kerajaan China telah melaksanakan beberapa tindakan dan dasar yang lebih berkesan, jumlah keseluruhan pengeluaran bahan makanan China meningkat lebih 38 bilion kilogram, pendapatan para petani juga meningkat agak cepat.