Menurut berita CRI, Naib Menteri Sains dan Teknologi China Li Xueyong hari ini berkata di Beijing Bahawa, China sedang mempercepat perkembangan industri perubatan dan ubat-ubatan tradisional China dengan teknologi moden.
Beliau berkata, pada 2 tahun kebelakangan ini, China sangat mementingkan menggunakan teknologi moden dalam pengajian perubatan dan ubat-ubatan tradisional China, dan telah mendirikan ratusan pusat pengajian dan pengembangan ubat-ubatan tradisional China serta makmal penting, meneroka beberapa ubat-ubatan tradisional China baru yang mempunyai hak harta intelektual sendiri dan kapasiti teknologinya agak tinggi.
|