Berdasarkan kajian pengesanan jauh terkini, berbanding dengan pertengahan tahun 1980-an lalu, keluasan kawasan yang wujud masalah resapan air dan hakisan tanah telah berkurangan daripada 62.22 kilometer persegi kepada 53.07 kilometer persegi, menurun 14.7%.
Naib Ketua Pengarah Jabatan Projek Tali Air Sungai Yangtze China Prof. Xiong Tie menyatakan, pencapaian itu satu kejayaan. Ini bermakna, projek pembangunan ekologi alam sekitar yang dilaksanakan pada masa yang panjang dan pengaruhnya paling besar di kawasan aliran Sungai Yangtze—projek utama kawalan air dan tanah di hulu Sungai Yangtze telah mencapai kejayaan penting.
Resapan air dan hakisan tanah merupakan "masalah ekologi utama" di kawasan pengaliran Sungai Yangtze, masalah itu wujud di 34.6% kawasan aliran Sungai Yangtze, mengakibatkan tanah sebanyak 2.4 bilion tan terhakis setiap tahun sehingga penduduk di kawasan itu sentiasa berada dalam kemiskinan.
Untuk mengatasi masalah yang serius itu, kerajaan China mula melaksanakan projek "Kawalan Air dan Tanah di Kawasan Hulu Sungai Yangtze" pada tahun 1989 dan membentuk Jabatan Kawalan Air dan Tanah Hulu Sungai Yangtze. Atas pimpinan jabatan itu, Projek "Kawalan Air dan Tanah di Kawasan Hulu Sungai Yangtze" dilaksanakan mengikut rancangan, berperingkat dan saintifik, sehingga resapan air, hakisan tanah dan ekologi alam sekitar yang semakin buruk itu telah berjaya dikawal.
Berdasarkan statistik, setelah melaksanakan projek "Kawalan Air dan Tanah di Kawasan Hulu Sungai Yangtze" dalam tempoh 15 tahun, keluasan yang wujud masalah resapan air dan hakisan tanah yang berjaya dikawal meningkat dengan kecepatan 5000 kilometer persegi setiap tahun; tanah pertanian yang diteroka mencatat lebih 646.67 hektar, hasil keluaran pertanian di kawasan itu berjaya ditingkatkan, sebanyak lebih 5 bilion kilogram bahan makanan dikeluarkan, ini menyelesaikan masalah pakaian dan makanan bagi lebih 10 juta orang; keluasan penanaman pokok buah-buahan mencatat lebih 933.33 hektar, seramai lebih lapan juta penduduk mengatasi masalah kemiskinan; 70% kawasan telah ditanam rumput atau pokok untuk memulihara ekologi alam sekitar di kawasan kediaman penduduk dan meningkatkan jumlah penduduk. Misalnya, setelah melaksanakan tindakan kawalan, jumlah penduduk meningkat 40 orang setiap kilometer persegi di kawasan Empangan Tiga gaung Sungai Yangtze.
Menurut Prof. Xiong Tie, sejak pelaksanaan projek "Kawalan Air dan Tanah di Kawasan Hulu Sungai Yangtze" yang dinamakan projek contoh pembangunan ekologi alam sekitar kawalan air dan tanah China dalam tempoh 15 tahun, peruntukan kerajaan pusat terhadap projek itu mencatat 2.332 bilion Yuan RMB, melebihi 80 ribu kilometer persegi di kawasan yang wujud masalah resapan air dan hakisan tanah berjaya dikawal.
Seiring dengan ekologi alam sekitar bertambah baik di kawasan tersebut, pengeluaran dan taraf hidup penduduk tempatan telah meningkat, jumlah pasir yang terhakis dalam aliran utama Sungai Yangtze dan anak sungainya telah menurun. Berdasarkan kawalan pusat air Yichang yang terletak di bahagian hulu dan tengah Sungai Yangtze, jumlah pasir yang terhakis di hulu Sungai Yangtze purata tahunan menurun dengan ketara sejak tahun 1990-an; misalnya pada tahun 2003, jumlah pasir yang terhakis di Sungai Yangtze di bahagian Yichang menurut 80% berbanding jatah purata tahunan yang lalu.
----Ching
|