Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-01-31 14:59:47    
China Tingkatkan Peruntukan Kewangan Sektor Pertanian

CRI

Menurut berita CRI, Naib Ketua Pengarah Pejabat Kumpulan Bimbingan Kewangan dan Ekonomi Kerajaan Pusat China Encik Chen Xiwen di Beijing hari ini menyatakan, kerajaan China akan terus mengutamakan usaha perkembangan pertanian pada tahun ini, meningkatkan peruntukan kewangan terhadap sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan kaum tani.

Beliau menyatakan, peruntukan terhadap pertanian akan berjumlah 70 bilion Yuan RMB pada tahun ini, menduduki kira-kira 1/3 peruntukan kewangan kerajaan.

Beliau menambah, kerajaan China juga akan mengambil pelbagai tindakan untuk meringankan beban kaum tani, melaksanakan kawalan terhadap pasaran barangan pertanian, meningkatkan pembangunan kemudahan infrastruktur di kampung agar kaum tani menikmati lebih banyak perkhidmatan kerajaan.