Sidang Tahunan Ke-35 Forum Ekonomi Dunia yang berlangsung selama lima hari telah ditutup di Davos, Switzerland semalam. Keutamaan yang paling manarik perhatian umum dalam agenda sidang kali ini ialah tumpuan para peserta terhadap usaha membasmi kemiskinan sejagat, terutamanya di Afrika.
Sejak Forum Ekonomi Dunia ditubuhkan pada tahun 1971, forum itu dikenali sebagai "sidang ekonomi antarabangsa tidak rasmi yang berperingkat paling tinggi". Pada umumnya, sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos kali ini merupakan satu pentas bagi negara-negara maju menyampaikan pandangan dan perhatian mereka terhadap ekonomi dunia. Selama ini, Forum Ekonomi Dunia yang mengutamakan ekonomi bebas dan globalisasi ekonomi semakin dikritik oleh tokoh dan pertubuhan antiglobalisasi. Mereka mendakwa globalisasi yang diutamakan oleh Forum Ekonomi Dunia kurang adil, menjadikan kehidupan orang miskin semakin buruk dan kehidupan orang kaya bertambah baik.
Yang di luar jangkaan ialah, dalam sidang tahunan Davos tahun ini, baik penganjur ataupun peserta, mereka sebulat suara menyatakan hasrat ingin menjadikan perjuangan membasmi kemiskinan khususnya membasmi kemiskinan di Afrika sebagai tugas utama. Menteri Kewangan Britain, Gordon Brown menjelaskan, tekanan umum yang menghendaki masyarakat antarabangsa bersatu padu untuk menjayakan usaha membasmi kemiskinan semakin besar dan sudah berada pada tahap yang sangat tinggi sehingga negara-negara maju tidak dapat mengabaikan masalah itu.
Walaupun negara-negara maju telah mengemukakan pelbagai cadangan untuk membasmi kemiskinan, tetapi pendapat negara-negara itu terhadap tugas tersebut tetap wujud ketidaksamaan. Tony Blair dalam upacara perasmian sidang tahunan Forum Ekonomi Dunia menyatakan, jika A.S. menuntut negara lain mengambil bahagian dalam perjuangan antikeganasan antarabangsa yang dianjurkannya, jadi A.S. juga mesti menyahut dan menyertai cadangan yang dikemukakan oleh negara lain.
Akhbar Eropah berpendapat, Tony Blair sebenarnya mencela A.S. tidak menumpukan perhatian atas perjuangan membasmi kemiskinan dalam lingkungan sejagat.
|