Mesyuarat Peringkat Menteri Mengenai Kerjasama Serantau Bagi Pengurusan Amaran Awal Tsunami selama dua hari telah ditutup di Pulau Puhket Thailand pada 29 Januari. Mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat penting mengenai masalah pembaungan semula selepas bencana tsunami yang diadakan selepas Sidang Kemuncak Khas Tentang Gempa Bumi dan Gelombang Besar Tsunami ASEAN. Dalam mesyuarat tersebut para hadirin mencapai persepakatan yang luas tentang menubuhkan sistem amaran awal tsunami Lautan Hindi dan Asia Tenggara.
(Menteri Luar China dengan Menteri Luar Thailand)
Pegawai dari 40 negara termasuk 10 negara ASEAN dan wakil dari belasan badan PBB, Bank Pembangunan Asia dan pertubuhan antarabangsa yang lain menghadiri mesyuarat tersebut.
"Perisytiharan Phuket" yang dikemukakan pada akhir mesyuarat tersebut menetapkan penubuhan sistem amaran awal tsunami. Dalam perisytiharan tersebut dinyatakan malapetaka serius yang diakibatkan oleh gempa bumi dan gelombang tsunami Lautan Hindi kali ini terhadap umat manusia menunjukkan bahawa menghadapi bencana alam merupakan tugas bersama masyarakat antarabangsa, menubuhkan sistem amaran awal tsunami sangat perlu. Negara dan pertubuhan yang berkaitan harus meningkatkan koordinasi dan kerjasama supaya sistem tersebut selaras dengan keperluan pelbagai negara tersebut.
ASEAN memainkan peranan penting dalam usaha penyelamatan dan pembangunan semula. Negara anggota ASEAN beberapa kali menegaskan pentingnya menubuhkan sistem amaran awal tsunami, ini telah memperlihatkan perpaduan dan keupayaan bertindak ASEAN.
China sebagai sebuah negara membangun yang paling besar juga melaksanakan serta-merta penyelamatan dan bantuan yang skopnya paling besar dalam sejarah. Menteri Luar China Li Zhaoxing dalam mesyuarat tersebut menegaskan bahawa dalam proses penubuhan sistem amaran awal tsunami, PBB harus memainkan peranan bimbingan dan koordinasi, China juga menyokong ASEAN memainkan peranan utama dalam isu tersebut.
|