Menurut Agensi Berita Xinhua China, Encik Gao Feng, Ketua Jabatan Kesihatan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi di bahagian barat daya China, memaklumkan bahawa kerajan Guangxi sedang melaksanakan tindakan yang berkesan mencegah dan mengubati penyakit AIDS.
Encik Gao Feng memberi taklimat bahawa kerajaan Guangxi telah menubuhkan sistem kawalan perebakan AIDS, meningkatkan peruntukan dana khas dan menetapkan cara pencegahan dan perubatan AIDS berdasarkan keadaan tempatan.
|