Menurut berita CRI, Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China yang juga Pengerusi Alumni di Eropah dan A.S., serta Pengerusi Majlis Persahabatan Pelajar China di Seberang Laut Encik Han Qide baru-baru ini menyampaikan ucapan kepada para pelajar China di seberang laut melalui Radio Antarabangsa China, beliau menyatakan kerajaan China menyeru para pelajar China di seberang laut sayangkan tanah air dengan pelbagai cara.
Han Qide berkata, kerajaan China menyokong pelajar China di seberang laut, menggalaokkan mereka kembali ke tanah air selepas menamatkan pengajian dan kembali atas kehendak sendiri, kerajaan juga telah menetapkan dasar keutamaan kepada mereka untuk berkhidmat kepada tanah air. Kini China telah menubuhkan lebih 20 pusat dan hampir 60 kawasan perusahaan untuk menyediakan perkhidmatan kepada para pelajar di seberang laut, dan mewujudkan laman web untuk menyediakan pelbagai matlamat kepada mereka.
|