Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-01 15:54:57    
Forum Sosial Dunia Ditutup dalam Tunjuk Perasaan Antiperang

CRI
Forum Sosial Dunia Ke-5 yang berlangsung selama enam hari telah ditutup semalam di Porto Alegre, bandar pelabuhan Brazil. Berbanding dengan sidang-sidang tahunan forum itu yang lalu, sidang tahunan kali ini lebih menfokuskan masalah sosial. Antara itu termasuk pembasmian kemiskinan, kepelbagaian budaya, kepopularan pendidikan, perlindungan terhadap hak dan kepentingan masyarakat kurang upaya, pola baru perkembangan sosioekonomi, hak asasi manusia dan lain-lain.

Sidang Tahunan Forum Sosial Dunia kali ini berskala paling besar dalam sejarahnya. Antara lebih 150 ribu orang hadirin termasuk Presiden Brazil, Liuz Inacio Lula da Silva, Presiden Venezuela, Hugo Chá vez Fr í as dan ramai tokoh terkenal di arena antarabangsa. Agenda yang dirumuskan dalam sidang tahunan kali ini juga lebih luas daripada sidang tahun-tahun lalu dan melibatkan 11 agenda. Sejak beberapa hari ini, para wakil telah mengadakan lebih 2500 seminar, perbincangan dan aktiviti lain dan mengemukakan lebih 350 cadangan.

Masalah kemiskinan tetap merupakan agenda utama sidang tahunan kali ini. Untuk melancarkan kempen membasmi kemiskinan dalam lingkungan sejagat, perhimpunan untuk menyeru seluruh dunia bertindak membasmi kemiskinan telah diadakan pada hari kedua sidang tahunan Froum Sosial Dunia dirasmikan. Presiden Brazil, Liuz Inacio Lula da Silva telah menghadiri perhimpunan itu dan menyampaikan ucapan. Beliau menyatakan, masalah kemiskinan merupakan salah satu masalah yang paling serius dihadapi manusia. Beliau menyeru negara-negara miskin bersatu padu meningkatkan kerjasama antara satu sama lain serta dengan pelbagai negara untuk mengatasi masalah ini. Liuz Inacio Lula da Silva juga mengkritik pemimpin beberapa negara maju mengambil sikap negatif dalam masalah pembasmian kemiskinan. Beliau menyatakan, isu itu akan diserahkan kepada Perhimpunan Agung PBB pada September tahun ini supaya pemimpin semua negara bertindak untuk menyelesaikan masalah itu.

Dalam sidang tahunan kali ini, kepelbagaian budaya telah diberi tumpuan yang sepenuhnya. Dalam tempoh sidang tahunan forum itu diadakan, terdapat tarian, drama pentas, konsert serta pameran gambar dan barang kesenian kraf tangan telah diadakan. Para wakil berpendapat, budaya pelbagai bangsa yang berbeza telah membentuk kepelbagaian dunia. Oleh sebab itu, pelbagai bangsa patut hidup dalam suasana yang aman dan saling mempelajari. Adalah tidak wajar dunia ini hanya wujud sejenis budaya.

Sidang Tahunan Forum Sosial Dunia kali ini juga telah mengadakan perbincangan yang meluas tentang isu pendidikan. Para peserta berpendapat, menerima pendidikan patut dijadikan hak asasi manusia. Sesiapa pun membesar dalam proses pembelajaran. Oleh sebab itu, para peserta berpendapat, dalam masyarakat moden ini, menafikan hak menerima pendidikan adalah sama dengan mencabuli hak manusia mendapat pengetahuan.

Menentang perang dan melindungi keamanan tetap merupakan keutamaan sidang tahunan Forum Sosial Dunia kali ini. Para peserta telah kerap kali mengadakan tunjuk perasaan untuk membantah perang dan hegemonisme. Pada hari sidang itu ditutup, para peserta dan pertubuhan antiperang seluruh dunai telah mengadakan tunjuk perasaan antiperang di jalan Porto Alegre.