Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-01 14:01:15    
Ekonomi Lautanan China Kekal Pertumbuhan Pesat

CRI

CRI melaporkan, Biro Lautanan Negara China semalam mengumumkan pengumuman statistik ekonomi lautan China 2004. Pengumuman tersebut menunjukkan ekonomi lautan China mengekalkan perkembangan pesat pada tahun lalu, jumlah pengeluaran industeri lautanan seluruh negara mencapai lebih 1280 bilion Yuan RMB. Dimaklumkan, China akan melaksanakan rancangan tentang perkembangan ekonomi lautan pada tahun ini supaya mendorong ekonomi lautan China berkembang dengan stabil.

China mempunyai sumber lautan yang kaya. Dengan sokongan kerajaan China, pada tahun kebelakangan ini, ekonomi lautan China mengekalkan perkembangan yang pesat. Jurucakap Biro Lautan Negara China Encik Li Chunxian memaklumkan bahawa kedudukan ekonomi lautan China semakin meningkat dalam perkembangan sosioekonomi China. Jumlah pengeluaran industeri lautan China mencapai lebih 1280 Yuan RMB dan mencipta rekod baru dalam sejarah. Industeri lautan China memasuki tempoh perkembangan yang paling baik dalam sejarah.

Berdasarkan pengumuman tersebut, struktur industeri lautan China semakin rasional. Industeri perikanan lautan, industeri minyak dan gas asli, minyak pengangkutan lalu lintas lautan China juga berkembang baik.

Kini, China telah menubuhkan tiga zon ekonomi lautan utama di Laut Bo utama China, Delta Sungai Yangtze timur China dan Delta Sungai Mutiara Selatan China, kerjasama antara ketiga-tiga zon ekonomi tersebut meningkat.

Perkembangan ekonomi lautan China yang pesat juga mendorong peluang pengambilan kerja di kawasan pantai laut China. Seramai 20 juta orang di kawasan tersebut berkhidmat dalam industeri yang berkaitan dengan industeri laut.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, China mengambil pelbagai tindakan untuk mengembangkan ekonomi lautan China dengan menggubal undang-undang berkenaan. Seperti "Undang-undang Pelantar Benua dan Zon Ekonomi Khas". Sistem perundangan disempurnakan berterusan. Kerajaan China juga mengumumkan buat kali pertama rancangan jangka panjang perkembangan ekonomi lautan China pada tahun 2003.