Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-01 14:56:11    
Pengenalan tentang Encik Zhou Zhihua, Polis China yang Bertugas dalam Pasukan Pengaman di Timor Leste

Agensi Berita Xinhua China

Penduduk Bandar Huangshi China mungkin tidak sangka terdapat seorang saudara sekampung halaman mereka bertugas dalam pasukan pengaman PBB. Polis PBB (UNPOL) tersebut bernama Zhou Zhihua, Naib Pengarah Imigrasi Biro Keselamatan Am Bandar Huangshi, Provinsi Hubei China.

Zhou Zhihua pernah menerima pendidikan tinggi. Pada tahun 1993, beliau menamatkan pengajian dalam Fakuliti Bahasa Asing Universiti Industri Zhongnan dan sangat pandai dalam bidang komputer.

Sewaktu diwawancara wartawan Agensi Berita Xinhua China, Zhou Zhihua mengibaratkan dirinya sebagai seorang sami yang beragama Buddha kerana mengharapkan perdamaian.

Pada Mei 2002, Encik Zhou Zhihua dihantar oleh Kementerian Keselamatan Am China ke Timor Leste untuk bertugas dalam pasukan pengaman PBB di negara itu.

Dalam tempoh masa setahun kemudian, Zhou Zhihua berturut-turut menyandang jawatan sebagai pengawal Biro Polis Negara Timor Leste, polis komuniti Biro Polis Daerah, polis Penjara Grannu, Pengarah Biro Polis Pusat Grannu, polis peronda ibu kota, Ketua Jabatan Hal Ehwal Tempatan Ibu Pejabat Polis PBB di Bandar Dili.

Zhou Zhihua berkata, "Sewaktu saya pertama kali tiba di Timor Leste yang berlaku rusuhan dan konflik, saya panik". Terdapat penyakit demam Denggi di sana dan ubat tidak mencukupi. Jika digigit oleh nyamuk, orang itu akan diserang demam Denggi yang membahaya."

Waktu Zhou Zhihua bertugas di Timor Leste, Negara itu sedang mengadakan upacara kemerdekaan. Terdapat ramai tokoh politik ternama dan tetamu agung dari negara asing menghadiri upacara perayaan pada 20 Mei 2002. Sewaktu menjaga tata tertib di tempat upacara, terdapat 2 orang Cina Makau melihat tanda pangkat di bahu kiri saya dan bendera kebangsaan China, dan turut memeluk saya. Mereka berkata, mereka berasa gembira sekali kerana dapat berjumpa polis dari kampung halaman mereka—Republik Rakyat China.

Zhou Zhihua memberitahu wartawan Agensi Berita China bahawa beliau mendapati orang Cina di seberang laut mempunyai kecintaan yang mendalam terhadap tanah air mereka.

Di Timor Leste terdapat banyak konflik dan rusuhan, namum Zhou Zhihua dapat menyesuaikan dengan persekitaran dan suasana di tempat itu dan berjaya menjalankan pelbagai tugas.

Pada suatu pagi awal Ogos 2002 iaitu tidak lama setelah Zhou Zhihua bertugas di Timor Leste, beliau mendapat maklumat dari PBB tentang ramai penduduk mengadakan tunjuk perasaan di ibu kota kawasan Grannu. Zhou Zhihua sebagai orang menyandang jawatan UNPOL Tertinggi di tempat itu segera memanggil polis berkumpul di ibu pejabat dan mengarahkan pemimpin penunjuk perasaan pindah ke ibu kota Dili. Tindakan tersebut berjaya menyelesaikan konflik yang berlaku.

Zhou Zhihua memberitahu bahawa UNPOL datang dari pelbagai negara dan mempunyai perbezaan pendapat apabila menjalankan tugas. Beliau mengenang kembali peristiwa pada awal September 2002, dua orang UNPOL Nepal pergi ke ibu kota Dili untuk membeli-belah dan menyampai salam kepada kawan sekerja mereka. Tidak lama kemudian, perkara itu diketahui oleh pegawai personel mereka—seorang tentera A.S. bernama James. Beliau megkritik kedua-dua UNPOL Nepal itu dan mengarahkan mereka menulis surat tunjuk sebab. Zhou Zhihua berpendapat bahawa perkara itu normal dan tidak menjejaskan tugas mereka, cuma perselesihan pendapat yang berbeza, kedua-dua mereka diharapkan ke tribunal polis dan perbicaraan dan akhirnya pihak tribunal polis memutuskan Zhou Zhihua memang.

Zhou Zhihua berkata, setiap orang UNPOL melambangkan imej negara mereka, beliau sendiri bukan sahaja mewakili PBB tetapi juga mewakili seramai 1.6 juta orang polis China.

Zhou Zhihua mencapai kejayaan besar dalam tempoh pelaksanaan tugas, beliau dianugerahkan Pingat Perdamaian PBB dan Pingat Jasa Kehormat oleh kerajaan Republik Timor Leste pada Ogos 2002. Ibu Pejabat Polis PBB mengadakan penilaian "Unggul" iaitu kelas yang paling tinggi terhadap Zhou Zhihua yang juga kebanggaan polis China.

----AZMI