Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-03 12:27:42    
Pemandu China dalam Rali Dakar

CRI

Rari Dakar ke-27 yang berlangsung selama 17 hari telah selesai pada 16 Januari lepas. Setelah pemandu China, Lu Ningjun berjaya menamatkan perlumbaan itu pada tahun lalu, seramai empat orang pemandu China buat pertama kali menyertai Rali Dakar pada tahun ini. Lu Ningjun, Zhou Yong dan Xu Lang yang menganggotai pasukan Paladin China telah berjaya menamatkan semua perlumbaan dan mencapai kejayaan yang baik.

Rali Dakar yang mula diadakan pada tahun 1979 dianggap sebagai perlumbaan kenderaan yang paling mencabar dan berprestij di dunia. Pengasas Rali Dakar, Encik Thierry Sabine pernah berkata, "Rali Dakar merupakan impian bagi semua pemandu yang tidak pernah menyertainya." Ramai pemandu berhasrat mewujudkan impian mereka dan terdapat empat orang pemandu China telah menyertai perlumbaan itu pada tahun ini.

Sebanyak 695 buah kenderaan dan 1250 orang pemandu telah menyertai Rali Dakar kali ini. Para pemandu bertolak dari Barcelona, Sepanyol pada 31 Disember 2004, tiba di Dakar, ibu negara Senegal melalui lima negara iaitu Sepanyol, Maghribi, Mauritania, Mali dan Senegal, jarak jauhnya 9039 kilometer. Hanya kurang sepertiga kenderaan berjaya menamatkan perlumbaan itu dan antara mereka terdapat tiga orang pemandu China.

Zhou Yong buat pertama kali menyertai perlumbaan itu dan beliau menduduki tempat ke-19 dalam kategori kereta merentas desa, ini kejayaan terbaik pemandu China dalam perlumbaan itu. Pemandu China, Xu Lang menduduki tempat ke-44 dan Lu Ningjun menduduki tempat ke-56.

Ketiga-tiga pemandu China tersebut berpendapat bahawa kerjasama sangat penting dalam perlumbaan itu. Zhou Yong berkata,

"Saya telah mencapai kejayaan besar dalam perlumbaan kali ini, tetapi ini atas kerjasama anggota kumpulan kami. Pemandu hanya sebahagian kecil penyumbang kepada kejayaan itu, kerjasama antara kami sangat penting. Rali Dakar memang sangat sukar dan panjang, ia merupakan ujian yang mencabar bagi kelasakan kereta bahkan pemandu."

Kumpulan yang disebut oleh Zhou Yong ialah Pasukan Paladin, Nissan Zhengzhou China. Tiga buah kereta dalam konvoi itu serta semua kereta bantuan kecemasan dibuat di China. Mereka sekali lagi membuktikan pentingnya kerjasama kumpulan dan kejayaan penyelarasan. Kejayaan mereka bukan sahaja disebabkan jaminan logistik dan kepakaran teknologi, tetapi juga berdasarkan latihan para pemandu yang dipilih dari seluruh negara China di luar negara.

Ketua Pengurus Pasukan Paladin, Encik Hu Xuejun menyatakan, pemandu China sudah mencapai taraf yang agak tinggi tetapi mereka kekurangan latihan dan peluang menyertai pertandingan antarabangsa. Pasaran sukan lumba kereta di China tidak besar dan pendapatan pemandu profesional agak rendah, mereka tidak berkemampuan mengumpul dana untuk menyertai pertandingan antarabangsa. Walau bagaimanapun, ramai pemandu profesional di luar negara seperti Stephane Peterhansel, johan Rali Dakar kategori kereta merentas desa kali ini pernah banyak kali menyertai perlumbaan kategori motosikal dan beliau kemudian menyertai perlumbaan kategori kereta merentas desa dengan biaya sendiri. Pasukan Paladin Nissan Zhengzhou China telah menyediakan peluang yang sangat baik kepada pemandu profesional terbaik China. Encik Hu Xuejun berkata,

"Sukan lumba kereta di China berkembang baik tetapi tarafnya agak rendah. Syarikat Nissan Zhengzhou China berharap dapat mendorong perkembangan industri kereta dan sukan lumba kereta China."

Pada hakikatnya, pasukan China berkemampuan menyertai Rali Dakar mencerminkan bahawa industri pengeluaran kereta serta sukan lumba kereta China sudah mencapai taraf yang tinggi. Encik Hu Xuejun ketika menyimpulkan pengalaman Pasukan Paladin dalam Rali Dakar kali ini berkata,

"Pertama, Pasukan Paladin sebagai konvoi China sebanyak dua kali berjaya menamatkan semua perlumbaan dalam Rali Dakar, ini kejayaan besar. Kedua, ketiga-tiga buah kereta pasukan kami menamatkan perlumbaan mereka. Dan ketiga, pemandu China telah mencapai kejayaan yang baik, Zhou Yong menduduki tempat ke-19 dan ini merupakan kejayaan terbaik pemandu China dalam Rali Dakar. Kejayaan tersebut bererti penting untuk memangkin perkembangan industri pengeluaran kereta dan sukan lumba kereta China, lebih ramai pemandu profesional dan perusahaan akan menyertai perlumbaan antarabangsa seperti Rali Dakar."

----Wang Jin