Rakyat China akan merayakan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, ramai rakyat China akan melancong ke keluar negara sempena cuti Tahun Baru Cina, pakej pelancongan ke Asia Tenggara sudah lama popular di kalangan pelancong China. Tetapi samaada bencana Tsunami yang baru berlaku akan mengurangkan bilangan pelancong China melancong ke Asia Tenggara atau tidak? wartawan radio kami telah mewawancara tokoh berkenaan.
Banyak agensi pelancongan Beijing menyatakan, bencana Tsunami yang baru berlaku di Lautan Hindi akan menjejaskan rakyat China melancong ke Asia Tenggara sempena cuti tahun baru Cina kali ini, tetapi mereka telah secara aktif menyusun semula pakej pelancongan syarikat masing-masing, mengemukakan beberapa destinasi pelancongan yang baru di Asia Tenggara, agar pelancong mempunyai lebih banyak pilihan. Di samping itu, mereka bersama agensi pelancongan Asia Tenggara menyediakan pekaj pelancongan yang murah untuk menarik lebih ramai pelancong. Sekarang, kemudahan pelancongan di negara yang dilanda Tsunami telah dipulihkan dengan cepat, dijangka bencana Tsunami kali ini tidak akan secara serius menjejaskan rakyat China melancong ke Asia Tenggara.
Xiao Yang dari Agensi Pelancongan China cawangan Beijing yang sering membawa rombongan pelancong China ke Asia Tenggara menyatakan, "Negara-negara dilanda bencana Tsunami kali ini merupakan destinasi yang terlibat dalam semua pakej agensi pelancongan China ke Asia Tenggara. Tetapi pada Tahun Baru Cina tahun ini, pakej kami tidak termasuk destinasi pelancongan yang dilanda bencana paling serius dan kemudahannya belum selesai dibangunkan semula. Kami telah menyediakan pakej pelancongan yang baru kepada pelancong China, kalau pelancong merancang ke Phuket atau Maldives pada asalnya, tetapi sekarang ingin membatalkan rancangan itu kerana kerana masalah keselamatan, kami akan mengemukakan pakej pelancongan ke Bali Indonesia atau Pulau Langkawi Malaysia, dijangka para pelancong juga akan berpuas hati terhadap pemandangan yang cukup indah di sana."
Bencana Tsunami kali ini juga telah meningkatkan kesedaran pelancong China mencegah kemalangan akibat bencana alam, wartawan dimaklumkan oleh syarikat insurans China dan agensi pelancongan. Setelah bencana Tsunami berlaku, jumlah pelancong China yang membeli insurans pelancongan sebelum ke luar negara meningkat secara besar-besaran. Xiao Yang menyatakan, "Sempena sambut cuti Tahun Baru Cina, syarikat insurans dan agensi pelancongan China akan memperingkatkan para pelancong untuk membeli insurans pelancongan. Terdapat banyak agensi pelancongan akan menyediakan insurans pelancongan percuma kepada para pelancong."
Negara-negara yang tidak dilanda bencana Tsunami sekarang juga aktif mengadakan kegiatan promosi supaya menarik lebih ramai pelancong China. Jabatan Pentadbiran Pelancongan Singapura telah mengadakan sidang penerangan kepada pelbagai agensi pelancongan China, Filipina, Vietnam, Nepal, Kemboja dan negara-negara lain yang tidak dilanda Tsunami juga giat menarik pelancong dari China. Xiao Yang berkata, "Singapura tidak dilanda bencana Tsunami kali ini, tetapi pelancong China tidak hanya ingin melancong ke Singapura sahaja, ini disebabkan sumber pelancongannya kurang banyak dan kos tiketnya agak mahal. Sekarang, Jabatan Pentadbiran Pelancongan Singapura bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan agensi pelancongan Malaysia, mengemukakan pakej pelancongan 7 hari 6 malam Malaysia-Singapura, kosnya hanya 3 ribu lebih yuan RMB sahaja, pakej tersebut telah mendapat sambutan baik di pasaran pelancongan China."
Berdasarkan keadaan sekarang, pasaran pelancongan China ke Asia Tenggara tidak akan terjejas akibat bencana Tsunami, hanya terdapat beberapa pakej pelancongan telah dibatalkan daripada beberapa puluh pakej pelancongan yang sedia ada.
Sekarang, pelbagai agensi pelancongan China giat mengadakan promosi, untuk menarik lebih ramai rakyat China melancong ke Asia Tenggara sempena cuti Tahun Baru Cina. Agensi pelancongan China akan menyusun semula pakej pelancongan mereka ke Asia Tenggara. Ketua Pengarah Bahagian Asia Tenggara Pelancongan ke Luar Negara Agensi Pelancongan China Ouyang Chaosung menyatakan, agensinya terutamanya akan mengemukakan pakej pelancongan ke negara-negara yang tidak dilanda bencana Tsunami. Beliau berkata, "Singapura, Malaysia, bahagian utara Thailand dan Bangkok ialah destinasi pelancongan yang selamat, kebanyakan rombongan pelancongan agensi kami akan melawat tempat tersebut sempena cuti Tahun Baru Cina, rombongan ke Maldives atau Pulau Phuket akan dikurangkan, tetapi kami bersedia mempopularkan tempat tersebut setelah situasi di sana sudah pulih."
Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) pada 25 Januari lepas di Geneva menyatakan, kemungkinan negara-negara yang telah dilanda bencana Tsunami dilanda lagi wabak penyakit adalah sangat kecil.
Sidang Menteri Pelancongan China, Jepun, Republik Korea dan ASEAN ke-4 yang diadakan selama sehari telah ditutup di Langkawi pada 25 Januari lepas, para Menteri Pelancongan dalam sidang tersebut menyatakan, akan meningkatkan kerjasama untuk memakmurkan semula sektor pelancongan di negara-negara yang dilanda bencana Tsunami.
Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Leo Michael Toyad menyatakan, para peserta sidang itu bersetuju mengambil tindakan positif untuk memulihkan keyakinan pelancong terhadap keselamatan di kawasan yang dilanda bencana Tsunami. Pelbagai negara anggota ASEAN percaya, dengan kerjasama antara ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea, jumlah pelancong yang melawat negara dilanda Tsunami akan meningkat. Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Pelancongan China Sun Gang menyatakan, China akan bekerjasama dengan pelbagai negara anggota ASEAN untuk memulihkan semula sektor pelancongan di negara dilanda bencana Tsunami.
Dipercayai atas usaha kerajaan dan agensi pelancongan pelbagai negara, jumlah pelancong China yang melawat ke Asia Tenggara akan ditingkatkan segera.
----Andika
|