Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-03 12:17:35    
Indonesia: Proses Pembangunan Sistem Kesihatan Perlu Masa 5 Tahun

Agensi Berita China
Kerajaan Indonesia mengumumkan statistik terkini pada 31 Januari bahawa dalam gempa bumi Pulau Sumatera Indonesia dan Tsunami yang disebabkannya, seramai 105,162 orang mati, 127,774 orang hilang, antaranya kebanyakan mereka dipastikan sudah mati. Pegawai Kementerian Kesihatan Indonesia menyatakan, kerajaan memerlukan sekurng-kurngnya tempoh 5 tahun untuk membangunkan semula sistem kesihatan kawasan bencana Tsunami.

Mulai 25 Januari, Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa Penyalarasan Penyelamat Bencana Indonesia bersama-sama mengumukan angka mangsa dalam bencana Tsunami. Pegawai Kementerian Kesihatan Indonesia berkata, seramai 105,034 orang dibenarkan mati di provinsi Aceh yang terletak di bahagian utara pulau Sumantara dibuktikan, kawasan itu merupakan kawasan yang mengalami bencana paling serius di Indonesia. Di kawasan yang lain di pulau Sumatera ada 128 orang mati.

Di provinsi Aceh, masih seramai 127,749 orang hilang, di kawasan lain di pulau Sumatera, 25 orang telah hilang.

Penasihat Menteri Kesihatan Indonesia ketika diwawancara oleh wartawan berkata, kerajaan Indonesia memerlukan sekurang-kurangnya tempoh 5 tahun untuk membangunkan semula sistem kesihtan di kawasan bencana Tsunami. Katanya, " rancangan pembangunan semula sistem kesihatan sedang digubal. Kami akan memulihkan sistem kesihatan dalam tempoh 2 tahun dan menggunakan tempoh 3 tahun lagi membangunkan semula sistem itu."

Penasihat tersebut menyatakan, jabatan kesihatan kerajaan kawasan bencana mengalami kerugian besar. Di provinsi Aceh sahaja kira kira 700 orang pegawai kesihatan mati atau hilang, jumlah ini hampir sama dengan jumlah separuh pekerjanya, banyak pejabat dirosak. Selain itu, badan perubatan di kawasan bencana pun dijejaskan serius. Di Banda Aceh, sejumlah 7 buah hospital dimusnahkan, antaranya 6 buah baru dipulihkan operasi semula.

Pegawai tersebut menambah, kerja penyelamatan dan perubatan di kawasan bencana sekarang terutamanya dijalankan oleh pertubuhan antarabangsa dan pasukan perubatan pelbagai negara. Setakat ini, di kawasan bencana Indonesia masih belum mendapati penyaki jangkit merebak.