Pada permulaan tahun ini, seiring dengan pelbagai jenis kemudahan rekreasi beroperasi di Makau, industri pelancongan berkembang pesat di sana dan menghadapi banyak peluang bersama cabaran. Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Makau menyatakan, Makau akan dibangunkan menjadi "bandar yang makmur" melalui mengadakan pelbagai aktiviti dan pertunjukan antarabangsa. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Makau memutuskan akan berusaha mengembangkan pelancongan perjudian, perkhidmatan sidang dan pameran antarabangsa dan pusat riadah. Makau akan berusaha membangunkan bandar itu sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di rantau Asia-Pasifik.
Pada tahun 2004, industri pelancongan Makau berkembang pesat, jumlah pelancong ke Makau melebihi 16 juta 670 ribu orang, bertambah 40% berbanding tahun 2003; antaranya pelancong Tanah Besar China mencatat 9 juta 500 ribu orang yang menempati 57% daripada jumlah keseluruhan pelancong ke sana, kadar pertumbuhan mencapai 66%.
Sidang Tahunan Pertubuhan Pelancongan Asia Pasifik Tahun 2005 akan diadakan di Makau pada April. Pada tahun 2004, kerajaan Makau telah menubuhkan jawatankuasa persiapan sidang itu, sekarang mereka sedang menjalankan kerja persiapan untuk menjamin sidang itu diadakan dengan lancar.
Pada tahun ini, seramai lebih 3,500 atlet dari 9 buah kontinjen sukan akan menyertai Temasya Sukan Asia Timur ke-4 Makau. Makau akan memainkan peranan lebih penting mendorong perkembangan sukan Olimpik di Asia.
Dalam bidang mempopularkan pelancongan kebudayaan dan riadah, pada tahun ini, Makau akan menambah pelancongan persolekan, pelancongan menikmati pertandingan sukan dan pelancongan ekologi di luar bandar, kerajaan Makau berharap menarik pelancong yang mempunyai kegemaran berbeza-beza melancong Makau. Pesta Kesenitan Makau ke-16 yang dianjurkan oleh Biro Pentadbiran Kebudayaan Makau akan diadakan pada 7 Mac hingga 2 April nanti. Dalam pesta kesenian kali ini, 26 buah persembahan akan diadakan, artis dari A.S., Canada, Brazil, Portugal, India, Korea Selatan, Tanah Besar China dan Makau akan mementaskan pelbagai pertunjukan kesenian.
Dalam bidang pelancongan kebudayaan, dengan sokongan kerajaan pusat China, kerajaan Makau sudah mengeluarkan permohonan kepada Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan PBB untuk menyenaraikan 12 buah bangunan bersejarah Makau dalam Senarai Warisan Dunia. Biro Pentadbiran Pelancongan Makau akan berusaha meningkatkan promosi tentang "pelancongan kebudayaan", membiarkan pelancong mengetahui kebudayaan dan sejarah Makau yang mencampuri kebudayaan barat dan China.
|