Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-03 15:39:18    
Ekonomi Swasta Berkembang Pesat di China

CRI

Menurut berita CRI, satu kajian secara rambang terhadap perusahaan swasta China memperlihatkan bahawa pada beberapa tahun kebelakangan ini, ekonomi swasta China berkembang pesat, jumlah perusahaan swasta dan kemampuan urusniaganya berturut-turut meningkat.

Kajian tersebut bersama-sama diselenggarakan oleh Jabatan Pekerjaan Front Persatuan dari Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Persatuan Industri dan Komersial Kebangsaan China dan Lembaga Perusahaan Swasta China.

Berdasarkan kajian tersebut, setakat setengah tahun pertama tahun 2004, jumlah perusahaan swasta China telah mencapai lebih 3.3 juta buah yang terlibat dalam bidang pembuatan dan komersial. Sektor swasta semakin meluas dan sumbangannya terhadap pembangunan sosioekonomi China beransur-ansur diiktiraf.