Menurut Harian Renmin Ribao, untuk mengatasi kekurangan bekalan minyak di China, syarikat minyak China telah menyediakan peruntukan untuk mencari gali minyak dan gas asli, pada tahun 2004 banyak medan minyak dan gas asli ditemui di China.
Pada tahun 2004, enam medan minyak dan gas asli yang dianggarkan mengandungi 100 juta tan telah ditemui; medan minyak dan gas asli juga ditemui di kawasan laut.
Selain itu, syarikat minyak China juga menandatangani banyak kontrak di negara lain untuk melaksanakan projek penerokaan bersama medan minyak dan gas asli pada tahun 2004.
|