Pada empat tahun yang lalu, tujuh orang pengamal ajaran sesat Falungong telah melancarkan tindakan membakar diri di Lapangan Tiananmen yang mengejutkan seluruh dunia. Tindakan mereka telah meragut nyawa seorang ibu dan anaknya dan juga telah mengubah kehidupan mereka dan keluarga mereka yang terlibat dalam peristiwa itu. Kini, empat tahun sudah berlalu, adakah mereka yang terlibat telah bebas daripada pengaruh negatif peristiwa itu? Bagaimana kehidupan mereka dan keluarga mereka pada masa ini? Pemberita CRI akan membawa saudara mendekati kehidupan mereka sekarang.
Di sebuah rumah kebajikan yang terletak di luar bandar Kaifeng, Provinsi Henan di tengah China, terdapat satu pekarangan yang bersih. Di pekarangan itu, terdapat sederet rumah yang besar. Di depan rumah itu, terdapat sepetak sayur. Muzik yang saudara sedang ikuti iniadalah dari pekarangan itu. Hao Huijun dan anak perempuannya Chen Guo yang terlibat dalam peristiwa membakar diri di Lapangan Tiananmen sekarang tinggal di sana.
Antara tujuh orang yang terlibat, Chen Guo paling banyak mendapat simpati. Dia dulu seorang mahasiswi Konservatori Muzik Pusat China, pandai bermain Pipa, sejenis alat muzik tradisional China. Akan tetapi, sepasang tangannya telah melecur akibat kebakaran itu dan terpaksa dipotong dalam operasi pembedahan untuk menyelamatkannya, dia tidak mampu bermain Pipa lagi.
Chen Guo, sebelum dan setelah peristiwa membakar diri di Lapangan Tiananmen
Sekarang, Chen Guo setiap hari menikmati muzik pada masa lapang selain menjalani rawatan pemulihan. Dia juga berlatih menulis kaligrafi dan belajar menggunakan komputer dengan bantuan jururawat. Kini, harapannya ialah dapat mengadakan persembahan muzik di atas pentas dengan tangan palsu selepas menjalani pembedahan plastik pada sesuatu hari nanti.
Chen Guo dan ibunya cedera parah dalam kebakaran itu, baik badan ataupun moral mereka turut terjejas teruk. Dengan bantuan kerajaan dan pelbagai kalangan masyarakat, mereka telah menyedari hakiki ajaran sesat Falungong, melupakan kepercayaan terhadap Falungong dan berasa kesal tentang apa yang telah dilakukan oleh mereka.
Oleh sebab badan Chen Guo dan ibunya cacat teruk, kehidupan seharian mereka bergantung kepada bantuan jururawat rumah kebajikan itu. Mereka sangat berpuas hati terhadap kehidupan sekarang. Hao Huiju juga mahu memberi sumbangan kepada masyarakat.
Beliau berkata, semasa baru bebas daripada kawalan Falungong, saya menyedari bahawa perbuatan saya telah membawa banyak masalah kepada masyarakat. Pada masa itu, saya telah merancang menulis cerita rakyat dan cerita kanak-kanak. Saya telah mengumpul banyak cerita tersebut dan meminta bantuan pekerja sosial untuk menulisnya.
Wang Jindong sebagai penganjur dan terlibat dalam peristiwa itu sedang menjalani hukuman di penjara. Rumahnya terletak di sebatang lorong kecil di bandar Kaifeng. He Haihua, isterinya dan Wang Juan, anak perempuannya sekarang tinggal di sana. Walaupun rumah itu kecil dan usang, tetapi isteri dan anak Wang Jindong menaruh harapan tinggi terhadap kehidupan mereka pada masa depan. Wang Juan telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan melahirkan cahaya mata pada tahun lalu. Perkara yang paling membahagiakan He Haihua dan Wang Juan sekarang ialah melihat pembesaran anak itu dalam keadaan sihat.
Wang Jindong dan keluarganya
He Haihua dan Wang Juan dulu juga ialah pengamal Falungong, semasa memperkatakan perubahan kehidupannya selepas beliau melupakan Falungong, Wang Juan berkata, "semasa kami mengamalkan Falungong pada masa dahulu, semua topik perbualan keluarga saya ialah Falungong dan kami berasa tekanan perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Kami tidak berani berbuat sesuatu yang kami ingini. Tetapi, selepas bebas daripada Falungong, kami hidup dengan tenang dan bahagia. Sekarang apa yang kami mahu ialah kehidupan yang normal."
Selepas bebas daripada kawalan mental Falungong, He Haihua dan Wang Juan juga memujuk pengamal Falungong yang lain melupakan ajaran sesat itu dengan cerita sendiri.
Wang Juan menambah, "selepas kami bebas daripada ancaman Falungong, kami sangat berharap pengamal Falungong lain menikmati kehidupan normal seperti kami. Jadi, kami memberitahu mereka kebenaran dengan cerita sendiri.
Wang Juan sekarang berkerja di sebuah tadika di bandar Kaifeng. Beliau sangat meminati kerja itu. He Haihua tiada kerja sekarang. Beliau menumpukan perhatian sepenuhnya untuk menjaga cucunya di rumah.
Menyebut tentang Wang Jindong yang sedang menjalani hukuman di penjara, isteri dan anaknya berharap dia dapat mengubah nilai akhlaknya dengan bersungguh-sungguh agar mendapat peluang dikurangkan tempoh hukumannya. He Haihua menggambarkan kehidupan keluarganya pada masa depan lebih cerah selepas suaminya dibebaskan,
"Suami saya memberitahu kami bahawa selepas dia dibebaskan, dia akan membuka sebuah restoran dan kemudian dia akan menjual cenderamata di destinasi pelancongan. Dia dalam suratnya berkata, apabila simpanan keluarga kami mencukupi, dia akan akan membawa saya melancong ke destinasi yang menarik."
Perhatian dan galakan isteri dan anaknya telah memberi sokongan kepada Wang Jindong di penjara. Dengan bantuan kerajaan dan keluarga, dia telah bebas daripada kawalan mental Falungong dengan cepat. Lukanya juga hampir sembuh.
Wang Jindong ialah seorang yang terus terang, beliau berkata, "kerajaan telah menyelamatkan nyawa dan keluarga saya. Sebagai sorang warga China, saya cintai akan tanah air sendiri, saya berkewajipan menasihati mereka yang masih mengamalkan Falungong melupakan ajaran sesat itu. Tentang Li Hongzhi, saya hanya mahu mengucapkan 'saya bencimu' pada masa ini, kerana dia telah mengakibatkan kematian sanak saudara dan teman senegeri saya.
Liu Yunfang dan Xue Hongjun juga sedang menjalani hukuman di penjara bersama-sama dengan Wang Jindong. Mereka turut terlibat dalam peristiwa membunuh diri di lapangan Tiananmen. Oleh sebab dua orang mati dalam peristiwa itu, maka ketiga-tiga orang itu telah dijatuhkan hukuman atas tuduhan membunuh orang dengan sengaja. Liu Yunfang sebagai perancang dan terlibat dalam peristiwa itu telah menyedari kesalahannya sekarang.
Beliau berkata, "saya telah menyedari kesalahan saya. Kami telah melanggar undang-undang negara, mengganggu order masyarakat. Saya patut dijatuhkan hukuman berdasarkan undang-undang. Saya tahu bahawa apa yang perlu saya buat sekarang ialah mengubah nilai akhlak saya di sini dengan bersungguh-sungguh."
Liu Yunfang berumur lebih 60 tahun, oleh sebab kesihatannya kurang baik, maka dia sedang menjalani rawatan di penjara. Manakala, Wang Jindong dan Xue Hongjun dilayan seperti penjenayah biasa, mereka menyertai akitiviti pemulihan setiap hari.
Xue Hongjuan memaklumkan, "kehidupan harian kami di penjara mengikut jadual. Saya menyertai aktiviti menjahit pakaian. Selain itu, saya juga diberi peluang mempelajari pengetahuan mengubah nilai akhlak dan konsep dunia sendiri."
----Puspa
|