Menurut Agensi Berita China, dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan China bahawa dalam tempoh 4 tahun semenjak tahun 2000, jumlah barang dagangan teknologi tinggi antara China dengan Kesatuan Eropah telah bertambah dua kali ganda.
Menurut pegawai Kementerian Perdagangan China, dalam tempoh 4 tahun yang lalu, jumlah barangan teknologi tinggi China yang dieksport ke Kesatuan Eropah bertambah 50% purata setiap tahun. Kesatuan Eropah telah menjadi tempat pengeksportan barangan teknologi tinggi yang kedua terbesar bagi negara China. Menakala, negara China pun merupakan tempat pengekportan barangan teknologi tinggi yang kelima terbesar bagi Kesatuan Eropah.
|