Wartawan CRI melaporkan, pilihan raya Thailand telah diadakan hari ini untuk memilih anggota Dewan Perwakilan.
Pada pukul 8 pagi hingga pukul 3 petang hari ini, seramai 44.8 juta orang pengundi Thailand akan membuang undi di lebih 80 ribu pusat pengundian, seramai 500 orang anggota Dewan Perwakilan akan dipilih. Sebanyak 36 parti telah bertanding dalam pilihan raya kali ini. Keputusan awal pilihan raya itu akan diumumkan hari ini.
Pendapat umum berpendapat bahawa dalam pilihan raya kali ini persaingan sengit terutamanya berlaku antara empat parti iaitu Parti Thai Rak Thai, Parti Chat Thai, Parti Demokratik dan Parti Mahachon.
|