Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-06 16:20:24    
Syarikat Lenovo Beli Saham PC IBM tidak akan Pengaruhi Keselamatan A.S.

CRI
Akhbar Beijing Youth Daily hari ini memetik ucapan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Lenovo China, Yang Yuanqing bahawa perancangan Syarikat Lenovo membeli saham komputer peribadi syarikat IBM tidak akan mempengaruhi keselamatan A.S., sebaliknya Syarikat Lenovo China akan memberi lebih banyak nilai tambah kepada perusahaan A.S.

Dilaporkan, Suruhanjaya Pelaburan Asing A.S. sedang menjalankan penyiasatan tentang adakah tindakan Syarikat Lenovo China membeli saham komputer peribadi IBM akan mempengaruhi keselamatan A.S., Yang Yuanqing berkata, penyiasatan A.S. tersebut adalah tindakan normal tetapi Syarikat Lenovo belum menerima pemberitahuan tentang hal itu. Syarikat Lenovo dan IBM tidak akan membatalkan pembelian saham itu dan kedua-dua pihak sedang menguruskan pembelian saham itu berdasarkan perancangan awal.