Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-07 19:02:27    
Boutros Ghali Puji China Jadikan Perlindungan Hak Asasi Manusia sebagai Matlamat Utama

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Bekas Setiausaha Agung PBB yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Mesir Boutros Boutros Ghali semasa diwawancara oleh wartawan majalah "Hak Asasi Manusia" China memuji China menjadikan perlindungan hak asasi manusia sebagai matlamat utama, dan mengeluarkan pandangan tentang masalah itu.

Semasa menyebut keadaan hak asasi manusia China Ghali berkata, China membuat banyak kegiatan dalam bidang ekonomi, politik dan pembaharuan demokrasi. Beliau telah menyedari, pada tahun 2004, China menjadikan masalah hak asasi manisia sebagai matlamat utama. Untuk melindungi hak asasi manusia, Kongres Rakyat Kebangsaan China telah meminda perlembagaan China dalam pelbagai bidang.