Menurut Agensi Berita China, sekarang, China telah menghantar pasukan perubatan ke 40 negara dan kawasan, seramai lebih seribu kakitangan perubatan China sedang berkhidmat di negara dan kawasan tersebut.
Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan China, China pada tahun 1963 mula menghantar pasukan perubatan ke seberang laut, sehingga penghujung tahun lalu kerajaan China telah menghantar 18 ribu orang pegawai perubatan ke luar negara, mereka telah memberi rawatan kepada 240 juta orang pesakit di seluruh dunia.
|