Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-09 14:55:30    
Aset Perusahaan Milik Negara China Melebihi 9 Ribu Bilion Yuan RMB

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Jawatankuasa Pengawasan dan Pengawalan Aset Milik Negara Dewan Negara China memaklumkan, aset 180 perusahaan milik negara besar yang dikawal oleh jawatankuasa tersebut telah melebihi 9 ribu bilion yuan RMB.

Dimaklumkan, pada tahun lalu, pendapatan jualan perusahaan milik negara China telah melebihi 5 ribu bilion yuan RMB, meningkat hampir 25% berbanding tahun 2003. Keuntungan kebanyakan perusahaan meningkat dengan banyak. Terdapat 8 buah perusahaan negara China daripada 500 perusahaan yang terkenal di dunia yang dipilih oleh majalah "Kekayaan" pada tahun lalu.

Dimaklumkan, China telah melaksanakan sistem pengawasan dan pengawalan dua peringkat terhadap perusahaan milik negara, perusahaan milik negara besar dikawal oleh kerajaan pusat, manakala perusahaan milik negara yang lain dikawal oleh kerajaan tempatan.