Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-02-10 15:15:37    
Jurulatih Sukan China Aktif Menjadi Sukarelawan di Thailand

CRI
Setelah Thailand dilanda bencana tsunami, cerita tentang dua orang jurulatih China yang bekerja di Thailand aktif menjadi sukarelawan sangat popular di Thailand dan China Mereka ialah Bai Jianping, jurulatih terjun air dari Provinsi Hubei dan Ren Chunsheng, jurulatih pasukan berenang provinsi Yunnan China.

Thailand telah dilanda tsunami yang serius kali ini, jumlah kematian sudah melebihi 5 ribu orang. Setelah bencana berlaku, siaran TV Thailand banyak kali menayangkan gambar di tempat yang dilanda tsunami dan memanggil rakyat Thailand menyediakan bantuan. Bai Jianping dan Ren Chunsheng yang sedang menyandang jawatan jurulatih pasukan terjun air dan berenang kebangsaan Thailand merasa sedih hati. Kedua-dua mereka memutuskan menjadi sukarelawan sempena cuti tahun baru, untuk menyampaikan simpati kepada mangsa.

Ren Chunsheng sudah bekerja di Thailand selama 10 tahun dan fasih berbahasa Thailand. Beliau telah menelefon Stesen TV tempatan Thailand dan menyatakan, kami ialah jurulatih berenang China yang bekerja di Thailand, kami mau menjadi sukarelawan untuk mengampungkan mayat mangsa di laut. Kaki tangan stesen TV sangat terharu, mereka telah mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua jurulatih tersebut, tetapi mereka menyatakan, kerja mengampungkan mayat sudah berakhir dan kini sedang dikenalpastikan.

Kedua-dua jurulatih tersebut menyatakan, di mana ada kerja berat, di situlah kami ingin pergi. Pihak stesen TV di samping mengucapkan terima kasih kepada mereka juga menyatakan, mereka boleh dihantar ke sebuah lapangan terbang ketenteraan yang berdekatan dengan Bangkok, kebanyakan barangan bantuan akan dihantar dari lapangan terbang tersebut. Setelah diberitahu maklumat tersebut, kedua-dua jurulatih itu terus berkejar ke lapangan terbang itu.

Semasa tiba di lapangan itu, kedua-dua mereka telah terkejut, lapangan terbang yang sangat luas telah menjadi gudang terbuka yang besar, barangan bantuan di sana seperti bukit, tetapi sukarelawan di sana hanya lebih 200 orang sahaja.

Kedua-dua mereka mengangkat barangan yang paling berat, Bai Jianping menyatakan, sebagai orang China, kami harus menanggung kerja yang paling berat untuk merebut kemuliaan kepada China.

Ketinggian Bai Jianping yang berumur 40 tahun hanya mencapai 1.7 meter, tetepi beliau dalam tempoh dua hari bekerja di lapangan itu telah mengangkat bermacam-macam barangan.

Dua hari lepas, kedua-dua mereka sangat letih, apabila makan pun susah memegang penyepit, Ren Chunsheng yang sudah berumur 49 tahun telah tercedera. Di lapangan terbang itu, juga terdapat 3 orang asing lagi, termasuk 2 orang warga Sweden dan seorang warga Austrlia, dengan ini rakyat Thailand telah merasai simpati daripada negara asing.

Rakyat Thailand sudah menyaksikan kerajinan kedua-dua mereka. Ada orang berkata, dengan bantuan saudara China, kita pasti boleh mengatasi kesulitan, ada rakyat Thailand datang memuji mereka, ada yang kasih makanan lebih banyak kepada mereka dan berkata, saudara China bekerja paling berat, harus makan lebih banyak.

Cerita tentang kedua-dua jurulatih tersebut telah ditayangkan dalam siaran CCTV China.

Zuo Chunlan isteri Bai Jianping di Bandar Wuhan China menyatakan, saya telah menyaksikan suami saya menerusi TV, saya berasa tindakan beliau ialah tindakan biasa, tetapi tak sangka menjadi berita penting. Beliau memang orang yang sudi membantu orang lain, kalau orang lain mengalami kesulitan, beliau sering membantunya.

Zuo Chunlan semasa mengenangkan telah memaklumkan, suaminya pada 31 Disember lalu menelefonnya dan menyatakan, akan menjadi sukarelawan di kawasan yang dilanda bencana sempena cuti tahun baru. Saya membimbang suasana di kawasan itu kurang selamat dan terdapat kemungkinan kena penyakit jangkitan, tetapi beliau secara teguh ingin pergi ke sana.

Pada pagi keesokan harinya, Bai Jianping menelefon lagi dan memberitahu isterinya, beliau akan berangkat ke bahagian selatan Thailand dan jangan membimbangkannya. Pada malam itu, beliau menelefon lagi dan menyatakan, situasi penyelamatan angat memharukan, ramai warga asing bersama anggota keluarganya menjadi sukarelawan, tindakan beliau ialah tindakan biasa.

Cuaca di Thailand pada waktu itu sangat panas, suhunya mencapai lebih kurang 34 darjah. Setelah kena mata hari yang kuat terlalu lama, kulit Bai Jianping telah gugur dan beliau sangat letih, tetapi beliau melalui telefon memberitahu keluarganya bahawa beliau tidak letih.

Bai Jianping pada awal November pergi ke Thailand menyandang jawatan jurulatih pasukan terjun air kebangsaan, tempoh perkhidmatannya selama setahun. Beliau sangat sibuk, di samping mengetuai beberapa atlet melatih tiap hari, beliau juga rajin belajar bahasa Thailand. 2 bulan berlalu, beliau sekarang sudah boleh berkomunikasi dengan atlet dengan bahasa Thailand.

Ramai rakan Bai Jianping setelah mengetahui jasa beliau di Thailand telah menyatakan, Bai Jianping sudah biasa sudi membantu orang lain. Sekarang, Pusat Acara Terjun Air Jabatan Sukan Hubei menganjurkan kakitangannya belajar Bai Jianping.

Andika